Mustahil tak turun ‘30kg dalam 80 hari ‘ ?

 

Seringkali aku dapat persoalan dari rakan rakan di Facebook , camana dan bagaimana senaman atau workout untuk wanita yang lebih terarah kepada nak menguruskan diri atau membakar lemak lemak yang ada ! Dan aku hanya mampu mengaru kepala .. Maklumlah , biasa gi gym aku bersenam dengan rakan lelaki jer.. Tak pernah bersenam dengan rakan perempuan pon !

Nak lagi best , zaman ni semua orang nak kurus tapi malas nak bersenam ! Ok.. sebenarnya bukanlah malas tapi lebih pada takde masa atau tak tau camana nak bersenam dengan betul .. termasuk juga aku ! Haaaa , kan ?

Bersenam dengan cara yang salah atau tak betul , boleh mencederakan anggota badan . Maka , buku yang ada di tangan aku ni ,amatlah bersesuaian sekali buat mereka yang nak kekal cergas serta membakar lemak dengan cara yang lebih teratur dan berdisiplin !

30KG DALAM MASA 80 HARI hasil penulisan Sufian Sulaiman berdasarkan pengalaman sendiri yang mana beliau telah membantu seorang gadis menurunkan berat badan dengan teknik , kaedah , strategi dan tips yang betul hingga berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 37kg !!

imageimage

Gambar bukan hasil edit ni adalah bukti yang mana Farhana yang sebelum dia mula berlatih , beratnya adalah 86kg ! Bayangkan hasilnya .. Ok , bukan sekadar kurus yer tetapi juga berstamina tinggi ! Haaa.. Ini yang penting , ok !

Dalam buku ni , disertakan visual latihan yang betul , kata kata semangat , teknik kemahiran yang sebenarnya sesuai untuk wanita dan faktor kegagalan serta kejayaan seseorang individu dalam mengejar impian memiliki bentuk badan yang diimpikan !

imageimage

Kurus dan berstamina ! Wow ! Inilah badan yang patut dimiliki oleh semua gadis gadis yang dapatkan bentuk badan impian ! Susah ? Biar susah susah dahulu , bersenang senang kemudian.. Takkan nak tengok diri sendiri termengah mengah naik tangga kot ? Adoiyai.. muda lagi dah mengah.. haaa.. Bikin malu sama orang tua kita , kan ?

Ok.. Buku terbitan Alaf 21 ni berharga RM29.90 ( Semenanjung ) dan RM32.90 ( Sabah dan Sarawak ) dan boleh dapati di kedai buku POPULAR dan mana mana kedai buku berhampiran . Juga terdapat dalam bentuk e-book di mall.karangkraf.com .

image

Bagi yang tercari cari khidmat Personal Trainer untuk bersenam dengan lebih betul dan berdisiplin , silahubungi penulis di talian 019-2401729.

Manakala untuk info kurus , sila LIKE FanPage GEMUK2KURUS dan layari blog di alamat www.sportfitnhealth.blogspot.com

Apa guna badan cun tapi lembik kan ? Hehehehe ..

13 ulasan:

  1. boleh sebenarnya.. saya dah berjaya turunkan 12kg dlm masa 2 bulan.. diet seimbang dan senaman yang konsisten..

    BalasPadam
  2. Tergoda la...ishhhh kalau kurus nanti ben x kenai...hahahhah tp serius tergoda plak baca review ni hmmmmm

    BalasPadam
  3. dalam proses nak turunkan berat badan jg ni..kena kuat smangatttt ni..insyaAllah tak de benda yg mustahil kn kalau kita displin

    BalasPadam
  4. Tgh nak menyadokan diri ni. Cam nak beli jer buku ni

    BalasPadam
  5. macam best ja buku ni....siap ngan pic lagi...

    BalasPadam
  6. berbaloi rasanya dgn harga.
    drpada beli produk kurus better dpatkan buku ni dlu.
    murah sgt drpada produk kurus yg blum tntu berhasil.
    kurus secara sihat.

    BalasPadam
  7. Saya rasa tak mustahil turunkan berat badan 30 kg dlm masa 80 hari. Saya sendiri pernah turunkan berat badan 15 kg dlm tempoh 3 bulan. Tak perlu berlapar, tak perlu makan ubat terlajak laris atau apa-apa ubat lain yg tak pasti apa kandungan di dalamnya, cuma rajin-rajinkan diri turun padang, joging 6-10 km sehari. Mula-mula memang perit, lama-lama bila tengok badan makin menipis rasa seronok pulak!

    BalasPadam
  8. nice idea... sngt bgus buku ni n the right time for me... thg dlm proses kuruskan badan dan aktif senaman everyday... tapi tak tahu camana senaman main belasah jer la... hehe

    BalasPadam
  9. cam nak try tips dalam buku nie je rasanya..sebab nak kurus tapi makin lama makin membesar adalah...heheheehe

    BalasPadam
  10. Meh transfer kat yaya sikit. Huhu. Goodluck!

    BalasPadam
  11. Akhirnya buku yang bagus telah terhasil...yang bagusnya siap dengan tutorial bergambar memudahkan orang yang amatur untuk ikuti. Sybas kepada penulis atas perkongsian buku ini.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI