OPPO FIND 7 atau Samsung Note 4 Edge ?

 

Gi antar Sony Xperia Z3 ke service center di Plaza Berjaya. Tempoh baiki seminggu hingga dua minggu ! Gulp.. Adeh , masalah betul… Camana aku nak guna phone ni ?

Roger wife aku tanya pendapat.. Nak beli kena dapatkan izin dulu walaupun duit aku sendiri. Elakkan bermasam muka. Hahahaha … Apa nak buat ? Sayang bini kan ?

Dalam kepala aku ada satu jenama je ? Aku nak try Samsung Note 4 Edge. Terpikat dengan design lengkung tepi tu haa.. Hahahaha .. Dan aku nak wat kerja dengannya.. kononnya la … Hehehe..

Destinasi , Low Yatt Plaza.. Puyang sing pi pusing mai.. Tanya  HTC M8 , Sony Xperia Z3 Tab dan Samsung Note 4 Edge.. Nasib baik staff kedai tu baik je layan aku.. Segalanya dia jawab dengan cemerlang..

Kemudian dia syorkan aku Oppo Find 7 berbanding Note 4 Edge. Kenapa ? Ahaaa.. Dia tunjuk pelbagai aplikasi original Oppo Find 7 yang membuatkan aku tergaru garu kepala aku.. Dia buat perbandingan dan paling utama , dengan spesikasi yang hampir sama tapi harga yang jauh berbeza. Aku jimat RM1K jika amik Oppo Find 7.

Dan yang bisa membuatkan kita tensen ialah harga Samsung yang cepat jatuh dalam masa terdekat. kan ? Hampir sejam gak la aku dok tanya itu ini , itu ini hinggalah aku buat keputusan akhir ..

image

 

DSC05367

8 ulasan:

  1. Wah, sifu kita beli Oppo lak yer... Camne, best tak?

    BalasPadam
  2. Wah, sifu kita beli Oppo lak yer... Camne, best tak?

    BalasPadam
  3. Compare all kind of phone specification at http://www.gsmarena.com/

    BalasPadam
  4. saya pun minat gak oppo find 7 ni.. tp dah beli note4 sbb saya dan note tak dpt dipisahkan.. hehehee

    BalasPadam
  5. wahh, alhamdulillah...murah rezeki.... memang betul, samsung ni 1 harga die mahal xbersesuai dengan spec..harapkan jenama aje itupun dah belambak hp clone yang gunakan jenama samsung...my frenz gune note 3, beli original tp member2 ckp hp clone...wat panas ati ajelah...haha..

    BalasPadam
  6. Ok tak guna Oppo? Tengah survey2 gak ni :)

    BalasPadam
  7. kena tunggu review abg ben le ttg oppo ni. teringin jugak.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009