Rindukan dia ..

by - Khamis, Mac 26, 2015

 

Setiap kali aku naik tingkat atas , aku hanya mampu tertunduk ke lantai.. rindu benar kat alat alat ni.. Dah mula nak bersawang dah ni ..

image

Kenapa aku tak workout jer ? Hurmm.. Setiap kali aku cuba workout , bunyi dumbell akan menarik super hero , Qhaliff Iman naik ke atas untuk turut bersama join bersenam ! Huhuhuh..

Bukannya aku tak nak dia join sama tapi merbahaya.. Mana tau tak perasan dia berhampiran dengan aku, aku lepaskan dumbell tu , kena kat dia .. Merbahaya kan ? Pastu dia akan dok ulang alik naik turun tangga .. Haa.. Dah tak tenteram aku nak workout..

Sekarang , lemak makin membiak.. Tunduk skit pon dah mula senak.. Ni tak sedap ni.. Aku kena cari alternatif untuk bergiat cergas !! Perlu jaga stamina dan kekacakan aku.. tapi kalau kacak nanti , gambar aku kena amik dek orang pastu buat fake profile lagi.. Hurm.. Jenuh gini haa..

You May Also Like

0 comments