Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 30 April 2015

Ahmad Maslan dan Mawar Rashid.

 

Hurm.. Dua personaliti popular bulan ni tapi berlainan bidang. Dengan Ahmad Maslan , aku memang agak stress bila baca setiap kenyataan dia. Cuma aku tak pernah lagi la dengar penuh melalui mulut dia.. Kebanyakkannya dari media sosial jer ! Kebenaran ? Wallahualam.. Tapi selepas dia diberi amaran jangan bersuara lagi , aku yakin.. media sosial betul la kot ? Hahahaha ..

Mawar Rashid… Sapa di ni ? Aku pun tak kenal. Dengarnya dia cukup popular di Instagram. Hurmm.. Aku pon cari la video interview dia tuu.. Aku terngaga ! Tergamam.. Hurmm… Tak terkata apa.. Bukan sebab dia tak reti jawab apa itu GST tapi gedik dia tuu.. Adehhh ! Ni kalau ada vvip ketandusan kasih sayang , mesti suka anak dara gini.. Terasa muda 20 tahun gituuu.. Hahahaha..

Kedua dua personaliti ni mengingatkan aku ketika aku nak menghadapi UPSR. Walaupun aku tak dapat 3.85 ketika tu , tapi aku berjaya ikut nasihat guru aku.. Masa ujian lisan , jangan memandai mandai ! Kalau tak tau , jawab jer tak tau. Jangan berbelit belit. Guru bertugas masa tu tak suka ! Kalau mood dia tak elok ,silap silap terus gagal !!  Kalau tau pon , jangan menokok tambah dan menjawab dengan penuh bongkak ! Jawablah dengan logik dan bijaksana.. Jangan main sedap mulut je rembat jawapan tuu !

Zaman ni , zaman viral. Sedikit kesalahan , sedikit kesilapan.. maka anda akan terkenal dengan sekelip mata ! Menakutkan ! Apa saja perbuatan kita sekarang ni , kamera ada untuk merakamnya ! Orang yang merakam dan menyebarkannya di media sosial , memang cukup berani dah ! Dia tak kisah dah bab api neraka..

Apa pun tindakan kita sekarang ini dan selepas ini , harap fikir masak masak. Apakah kita nak jadi macam Ahmad Maslan ? Atau nak jadi macam Mawar Rashid ? Bijak berkata kata, cantik serta kacak ? Fikirkan ..

11 komen :

ekjoz buluh berkata... [Reply to comment]

Aku cuma geramkan Maslan je. Lain2 aku boleh terima lagi. Hari2 aku duk tunggu apalah kenyataan hari ini darinya! Mujur tidak berjiran dengannya.

Nurulhuda Abdul Latip berkata... [Reply to comment]

Jadik diri sendiri sudah. Kalau tak tau, cakap je tak tau. Kalau tau diam2 sudah, mana yang baik boleh share..Jangan riak dan selalu pandang ke bawah..:)

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

Cantik untuk mawar, kacak untuk siapa ya? Hehehehehehehehhehehe

izzeyda berkata... [Reply to comment]

walaupun berlainan bidang.. tapi terkenal dengan isu yang sama iaitu GST..

Kucing Hitam berkata... [Reply to comment]

salam abg ben lama x melawat blog abg...mawar rashid yg wish bucket tu ka....
jemput mai www.kucinghitam.net

AkuBukanLelaki berkata... [Reply to comment]

betul tuu..aku selalu pesan pd diri..
"Jangan Memperbodohkan Diri Sendiri".

Tp semua manusia bukan perfect sgt, so tingkatkan ilmu pengetahuan anda dan jgn duduk bwh ketiak basah aje.

Cikk Mimin berkata... [Reply to comment]

Ahmad Maslann n Mawar rashid dah boleh bergabung,,

Hamelia Hamid berkata... [Reply to comment]

ha ah tertanya2 jugak,..sape yang kacak tu? kih kih kih

aizamia3 berkata... [Reply to comment]

Apa saja kenyataan yang saya buat, samada dalam blog mahupun FB, baca banyak kali baru post..

Chekgu Azrine berkata... [Reply to comment]

mawar rashid tu memang ketara sangat slang gedik dia tuh..hadoiii

Ieta Mat Saad berkata... [Reply to comment]

Nak cari gaklah sapa dia Mawar ni... huhu. Setuju ngan Ben.
Sewajarnya kita berfikir dahulu sebelum publish

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI