Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 22 April 2015

Aktiviti : KBBA BLOGGER’S DAY OUT 2015

 

Beberapa lagi untuk menjadi kenyataan. Ini merupakan aktiviti terbesar yang pernah diuruskan oleh team #kelabbloggerbenashaari sendiri dengan tajaan oleh KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA , CYBERJAYAVIEW SDN BHD.

image

Serba sedikit mengenai KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA ( KKTTC ) ni.. ada yang tau dan ada yang tak tau langsung kewujudan taman riadah yang sesuai untuk seisi keluarga dan juga orang perseorangan.. Terletak berhampiran dengan Universiti Multimedia ,  KKTTC telah wujud sejak 2006 lagi dan mempunyai banyak fasiliti atau kemudahan untuk bersukan seperti driving range , gelanggang tennis , paintball , sirkit go kart , kolam mandi , gelanggang futsal , gymansium , studio menari , gelanggang badminton , squash , dan basketball. Disini juga anda boleh membuat tempahan untuk mengadakan majlis majlis tertentu seperti perkahwinan dan mesyuarat perniagaan.

Bagi mereka yg ingin menempah atau mengadakan perkahwinan di sini , amatlah bersesuaian sangat sangat. Keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa..  Catering juga boleh terus ditempah disini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi  03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram KKTTC , @kelabkomuniticyberjaya.

Ok , berkenaan dengan KBBA BLOGGER’S DAY OUT  ( KBDO) ni .. Seramai 100 blogger akan sertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf , badminton dan paintball. Tapi menariknya , ianya bukan sekadar golf atau badminton tau ! Ianya telah diubah konsep agar lebih menarik dan mencabar ! Hehehehe.. Nak tau ? Kena turun tonton sendiri..

Ramai blogger bertanya camana nak join KBDO ni.. Ini merupakan aktiviti pertama yang terbesar kami dan tidak dibuka orang ramai lagi.Maaf yer. Tapi anda dijemput hadir untuk memeriahkan..dapat berkenalan dengan blogger blogger baru.. InshaAllah , andai program ni berjaya .. kami akan rancang untuk buat lagi besar dari ni.. Segalanya bergantung pada sambutan dan kelancaran projek ni ..

Antara penaja rasmi KBDO 2015 ini ialah :

Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my
Cosmoderm www.cosmoderm.com.my
Yeos Malaysia www.yeos.com.my
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com
Natalia www.natalia.my.

image

Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan aktiviti yang julung julung kali diadakan..

7 komen :

Azney Shamsuddin berkata... [Reply to comment]

Tak dapat join T___________T


xoxo
Azneyshamsuddin
www.azneyshamsuddin.com

Nazlee Ismail PCL berkata... [Reply to comment]

kena turun padang jugak nih...julung2 kali tuu...

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

jumpa ahad nanti :)

Nizam Riadzi berkata... [Reply to comment]

abg ben...in the future ade planning nk buat Blogger Day luar dr kawasan tak...mksud sy mcm blogger day out kat ipoh ke...penang ke...jb ke... seriously kadang2 kan ade jgk dpt invitation utk event2 but jarak yg jauh sgtlahh menduga...adehh...sadiss woo..haha

husna zahidi berkata... [Reply to comment]

bestnyaa kalau dapat join.. bnyak aktiviti menarik plak tuh..

kokna berkata... [Reply to comment]

salam bro. sy berminat la nak join bro punye kelab ni

kamil salleh berkata... [Reply to comment]

Salam semua KBBA, macam mana nak join ke event ini. Terasa seganlah pulak nak sertai tanpa ada undangan rasmi. Semua dijemput hadir.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI