Bila Qhaliff merajuk !

 

Dia nak beli kasut harimau malaya ni haa kat H&M. Aku gelak sakan laa.. Marah dia.. hahahaha.. Dia bersungguh nak ! Bila kasi pakai , dia tak nak jalan..malu pulak ! Beli kang , taknak pakai lak.. hahaha..Membazir di era GST ni tidak digalakkan sama sekali yer !

image

Bersungguh laaa dia nak sarung gak kasut tu.. hahahaha.. Aku senyum je laaa tengok gelagat anak jantan sorang ni haaa .. Adeh..

image

Pastu aku letak balik kasut tu dan dukung dia keluar dari premis tu.. Dia punya mengamukkk.. dia campak sandal Adidas dia tu haaa.. Sandal tu lagi mahal dari kasut harimau tu , ok !! Grrrr…

image

Tu diaaa… jauh haaaa ! Tak nak keluar dari situ selagi aku tak beli kasut yang dia nak tuuu.. Adoi.. dah macam kasut buruh binaan dah rupaa .. Kalau kat Paris , sesuai gak la pakai gitu.. Hahahaha .. Ni kat Putrajaya je pon , Qhaliff oiiii !

Aku gi amik dia ..

image

Meraung kooo.. .Guard tengok dah aku.. hahaha ..

image

Tapi Qhaliff ni mudah dipujuk.. Dia punya meraung 30 saat jer.. pastu dia lupa dah apa dia nak ! Hahahaha … Terutama bila dapat aiskim Baskin Robin.. Lupa dah impian dia.. hahaha..

10 ulasan:

  1. bagusnya Qhaliff. senang dipujuk...

    BalasPadam
  2. hihihihi.. alahai abg qhaliff...

    BalasPadam
  3. Huhu..hbat gk die pinya mrjuk..

    BalasPadam
  4. Sabar ye Qhaliff.. Nnt balik kg paris, beli la kasut tu.. Hehehe..

    BalasPadam
  5. hahahaha comelnya Qhaliff ni.. 1st time tengok gamba kasut harimau, automatik terus tergelak jugak...haha memang tak la beli kasut harimau tu..

    BalasPadam
  6. huhu.. comelnya gelagat anak bujang aben ni.. ready laa anak dara nanti dah besar sikit.. ^_^

    BalasPadam
  7. aduiiii...kenapa ek gambar tak keluar...tak dapat tengokkk...

    BalasPadam
  8. kalau akak disogok dengan baskin robin pun akak diam juga heheheh

    BalasPadam
  9. Qhaliff minat kasut rimau yer... Jangan la merajuk ^-^

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009