Bila terlibat dengan kemalangan !

by - Rabu, April 01, 2015

 

Hurm.. tengok dah video yang hot di FB semalam ? Ok.. bukan aku yang viralkan yer ! Aku tak share pon di FB aku sebab aku tak tau hujung pangkal kisah sebenar mereka ! Tapi yang terpampang di video tu , ada anak dara dan seorang lelaki berusia..

Aku tak nak komen sapa betul sapa salah.. sapa kurang ajar .. tapi apa yang perlu kita buat sepatutnya , bila kita berada dalam keadaan begini ..

Ok.. aku bagi satu contoh yang berlaku pada kawan aku satu tika dulu.. Diorang ni gi jenjalan KL pada lewat malam.. Saja cuci mata.. Tiba-tiba kereta diorang dilanggar dari belakang.

Kawan tu dan rakan-rakan lain pakat turun tengok. Tau tau pemandu kereta yang langgar kereta diorang tu , mabuk ! Hurmm.. Diorang diskus dan pemandu tu bayar ganti rugi.. Kesilapan mereka ialah , mereka tak rujuk balai polis mengenai insiden tu.. Mana tau kot kot pemandu tu buat report polis kan ?

Dan.. benarlah pemandu tu buat report polis mengatakan dia diugut oleh samseng jalanan. Tak pasal pasal meringkuk dalam lokap berhari hari dan selepas tu bertahun terpaksa naik turun mahkamah untuk selesaikan kes tu !

Nampak tak ? Hanya dengan sedikit kesilapan , impaknya memang menakutkan ! Sepatutnya bila berlaku kejadian gini , dapatkan nasihat orang berpengalaman. Bukanlah dengan ikut nafsu dan amarah !

Akhirnya , ramai pihak terlibat ! Daripada sedikit je isunya dah tak pasal pasal satu Malaysia tauuu ! Hurmmm…

Kita jangan pikir kita je jaguh atau ada kabel bagai.. Kita tak tau apa orang lain mampu buat bila dalam keadaan tertekan atau di luar kawalan. Sebaiknya gunakan akal dan toleransi. Bawa berbincang atau paling mudah pon , serahkan aja pada pihak berkuasa ! Selagi kita selamat , itu dah lebih dari cukup.. Kereta ? Kan ada insuran.. Buat apa nak pening pening ?

You May Also Like

8 comments

  1. Betul tu..kitew pun bulan puasa tahun lepas ada motor potong kiri then kite pulak dah signal kiri.Mula tu kite tak nak buat report kesian kan sesama melayu tapi esok pg tu polis call kata ada org buat repot..menyirap darah kite.So sebelum sampai 24 jam kita terus g buat repot.then kes senyap macam tu jer..dah janji malam tu kata x nak buat report tapi jahat kan hati org ni..nasib baik tak jumpa dah kalau tak memang naya la dia.

    BalasPadam
  2. btul.. apa2 pun report tu penting. diam sudah. agak2 klu pakcik tu pukul kita dlu, tangkap gambar, bawak bukti g balai. takpayah pekik2.

    BalasPadam
  3. betul tu..pape terus balai je..senang cerita..ni gaduh2, tumbuk2, ape pun tak dapat..

    BalasPadam
  4. betul tu..terus je pegi balai polis..

    BalasPadam
  5. salam, terima kasih atas perkongsian. saya ema, newbie in blogspot, follow my blog:

    Ohhh ya, blog ema menerima tempahan guestbook berbaloi murah, photobooth sangat murah, prop craft paling murah, badge seius murah...

    visit us: www.vetovirago.com/p/veto-selfy.html

    BalasPadam
  6. Ada jugak tengok video tu dalam fb ..dasyat viral heboh sana sini...sepatutnye p balai je wat report...bila tengah panas hati sikap toleransi hilang sama sekali..hurmm bahaya tu...

    BalasPadam
  7. Ada jugak tengok video tu dalam fb ..dasyat viral heboh sana sini...sepatutnye p balai je wat report...bila tengah panas hati sikap toleransi hilang sama sekali..hurmm bahaya tu...

    BalasPadam
  8. Ceritanya tak habis di situ. Khabarnya pompuan samseng tu anak Datuk. Ketika membuat laporan di balai polis, Datuk itu datang dan membelasah lelaki bekas tentera itu yang juga 'cikgu' treler. Datin jugak turut menepeleng lelaki itu.

    Dah emak bapak samseng, patutlah anak pun samseng. Dari cara pompuan tu memaki hamun dan mencarut, dah boleh tahu akhlaknya rosak.

    BalasPadam