Dimana timbangrasa anda, wahai anak muda !

by - Rabu, April 08, 2015

 

Alhamdulillah.. selesai kerja aku ari ni seperti yang dirancang. Terima kasih pada si dia yang sanggup temankan aku dan bawak anak anak sekali. Sian diorang asyik kena tinggal.. hehe..

Di Times Square.. Aku bukanlah nak pergi sangat sini tapi terpaksa pergi.. Nak gi amik Sony Xperia Z3 aku yang dah siap repair tu.. Maka , pilihan untuk parking kereta ialah Times Square sebab banyak parking dan mudah nak keluar dari sini dan terus ke MEX.. hehe.. kena rancang betul betul.. elakkan jammed wooo !

image

Dari tingkat 3 , aku nak turun ke tingkat 1.. Qhaliff nak aiskrim Baskin Robbin. teringin sangat dah dia tadi.. Dia nampak sewaktu nak ke Plaza Berjaya.. Aku janji nak belikan dia selepas amik hp tu.. Dan dia menagih janji aku wooo ! Hahahah..

Ikut hati aku nak turun guna ekslator jer.. tapi memandangkan terlalu panjang jjarak ekslator tu , maka tak sesuai laa.. Nak tak nak , tunggu lif..

Hurm.. tunggu lif ni , memang satu penyiksaan.. Aku sekeluarga berdiri lama dah depan lif.. Bila sampai lif, tengok tengok , orang muda muda jer dalam tu.. Tunggu la lagi..

2,3,4 ,5 kali lif singgah semua penuh. Aku dah putus asa. Aku ajak wife tunggu lif di bahagian lain..Terus aku berlalu dari situ tapi wife masih berdiri depan lif.. Tiba-tiba ada lif berenti di tempat asal aku tunggu tu.. Dan terus diserbu dek anak anak perempuan muda muda belaka ni haaa… Masuk buat muka seposen. Takde rasa bersalah sungguh..

Dan aku geleng terus kepala depan diorang.. Menyedihkan ! Kat sekolah tak belajar kot adab ? Dahulukan orang yang lebih tua ! Ekslator berlambak !! Tapi nak jugak guna lif !! Aparaaaa…

Satu nasihat la untuk rakan rakan .. Kalau nampak orang yang lebih memerlukan , bagi laaa.. Jangan pentingkan diri sendiri.. Hari ni hari kita.. esok lusa ? Tak kena kat kita.. kena kat orang tua atau anak cucu kita.. Selagi terdaya , berikan pada yang dah tak berupaya..

Bayangkan aku dukung Qhaliff yang dah 14 kg tu ! Aku lepas , dia lari sana sini.. Bila berlaku kemalangan , tahu pulak keyboard warrior salahkan mak pak ! Walhallll .. haaa ! Ni aku malas ni .. Kang aku start berleter…

Kalau kita ada rasa tanggungjawab.. kita amik tahu hal orang lain , inshaAllah banyak kejadian buruk mampu dihindarkan ! Lantak pi la diorang nak marah ke apa asalkan ada nyawa yang terselamat !

You May Also Like

7 comments

  1. ada pengalaman gak pasal naik lif ni.. sy bw stroller, berdua je dgn anak kt stroller tu.. tiba pintu lif buka, sy bg laluan org yg kuar.. so masuk tu, separuh jalan pintu lif tertutup, kecewa sgt sebab xde sorang pun tlg tahan pintu.. dh la semua lelaki.. trus sound setepek, "sorang pun tak nak tolong".. yang geram lg tu, diorg cuma sedekah sengih je.. "prihatin" btl diorg tu..

    BalasPadam
  2. sabar jela.. muda mudi makin moden makin pemalas..sepatutnya perlu diajar etika masa zaman tadika,bkn abc je.huuhu. sje bg pandngan..

    BalasPadam
  3. sabar jela.. muda mudi makin moden makin pemalas..sepatutnya perlu diajar etika masa zaman tadika,bkn abc je.huuhu. sje bg pandngan..

    BalasPadam
  4. bila dunia semakin maju...nilai kemanusiaan semakin terhakis...mungkin ini juga satu kesedaran untuk saya sebagai golongan muda..

    BalasPadam
  5. Tu LA....x faham skg...bkn x diajr disek..siap ad bab Adab Dan akhlak..Dan untuk sistem pndidikan skrg..semua subjek ada elemen terapkan nilai murni..tp dukacita..mereka tak amalkan;(

    BalasPadam
  6. Faham apa yg abg Ben rasa..Sya pun pernah kena.. tp Alhamdulillah x selalu la..

    BalasPadam
  7. teringat pengalaman pegi the shore, melaka masa baru2 open...mmg ramai org..dgn lif sempit..org ramai...tp semua nak naik lif...sy bw stroller baby baru 3 bulan...suami dukung anak sebaya qhaliff...semua berpusu2 tolak masuk..walhal sy depan pintu lif..bg org keluar dlu..hampir 1 jam tnggu smpai anak dah nangis..kesudahan sy ajak suami balik je...sedih dgn org2 yg xde budi bahasa...

    BalasPadam