Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 13 April 2015

GST : Perlukah aku sekeluarga turut menderita ?

 

Harijadi Qhaliff .. Plan nak gi Sunway Lagoon tapi terpaksa dibatalkan sebab dia punya besday jatuh sehari selepas GST dilaksanakan ! Pergh.. macam hukuman lak bunyinya yer ?

Nak tak nak.. beli kolam dan berenanglah hari hari kat rumah ! Nak g sana , tiket nak masuk pun dah mahal… tu belum part makan dan GST !! Makan kena GST.. Tiket kena GST.. Ini bermakna , hanya orang benar benar kaya jer leh masuk dalam tu.. Aku , ikutkan dah dikira kaya sebab aku kena bayar GST !

image

Hurm.. sian anak anak aku .. Tak merasa la nak masuk Sunway melainkan Sunway Lagoon nak sponsor .. hahaha .. Auwww…

Dan tadi , gi Alamanda.. Teringin nak makan ayam panggang.. Kenny Rogers.. GST ? Masak sendiri ? Rasanya rasa kalau masak sendiri , lagi murah atau sama je ??? Setiap bahan tu confirm la kena GST kan ? Hurmm..

Takkan la gara gara GST aku kena buang abis apa aku teringin ? Dah tu , diorang  yang berduit je leh masuk makan ? Rakyat tak beberapa kaya macam aku ni , kena masak sendiri je semua bila teringin nak makan itu ini ?

image

Sian kat mereka yang benar benar tak berkemampuan. Nak makan , tapi kena catu.. Duit cukup cukup jer untuk sebulan.. tu pun kalau sampai sebulan.. Kalau tak , sahih berhutang dengan kawan kawan.. Hurmm..

Bil letrik baru sampai ! Tengok GST.. Pergh.. garu kepala .. Apakah aku perlu catu penggunaan elektrik ? Kurangkan guna aircond ? Ini kita duduk kat Paris ke ? Hurmm..

image

Dah bila rakyat banyak bunyi.. dibagi jalan penyelesaian yang luar biasa tapi ‘diorang ‘ naik gaji sebab kerja teruk .. berkhidmat untuk rakyat alasannya !

Hahahahahhahahaha …. Aku rasa diorang ni kena gi amik kursus berfikir kat luar negara la.

“ Dengan ini.. kita luluskan gaji kita dinaikkan .. “ .

Erk… entahlah.. Tiap kali lalu bangunan kerajaan di Putrajaya ni , aku pandang tepat tiang bendera tu haa.. Kat mana aku sebenarnya ni ??? Dan macam duduk kat Paris lak.. Nak beli air mineral pun kena pikir masak masak ..

4 komen :

Meeniey Sykes berkata... [Reply to comment]

Pening dah sekarang ni . Bukan yang berkeluarga je yang pening . Yang masih belajar macam aku ni pun pening . Dah la semua mak sorang yang tanggung makan minum buku aku kat ipta . harap ptptn , bayar lebih drpd guna . hurmmmm -_-

Cat Women berkata... [Reply to comment]

besar tanggungjawab rakyat sekarang, kena tanggung pemimpin :(

~ Ain Dania ~ berkata... [Reply to comment]

Tak pernah lagi dgr pak menteri kene catu makan dorang atau mkn mee meggi je sbb gaji tak cukup. Tapi kite ni...rakyat biase ni nak makan kene pikir 40 kali..tekak kadang teringin.. yelaa tgk org mkn sedap kan..tapi kalau beli, maka bersedia utk hujung bulan yang menyiksakan. hmmm..gaji skang dh tak cukup...untung laaa dorang gaji naik..kite makin merana. Depa suruh kite bersyukur...hmmmm. kesian, blaja tinggi2 jd menteri tp otak takleh pakai..

izzeyda berkata... [Reply to comment]

bil elektrik pun kena GST? adoii laa, lepas nih pakat tido awal.. guna kipas jer, tak pun guna kipas manual.. jimat bil lektrik.. nk jimat macam mana lagi nih?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI