Penggunaan ‘Signal’ akan rosakkan kereta anda !

 

Awal pagi memandu , memang mendamaikan ! Rasa nyaman dan segar. Memerhati cermin sisi kiri dan kanan serta cermin belakang.. SubhanAllah.. Cantik mentari yang mula menampakkan diri..

Aku bagi ‘signal’ dan berenti sekejap untuk amik gambar.. Wife , bukan jenis ‘sensitif’ menda gini. Aku bagitau dia dan dia cuma..

“ Owh… Cantik..”.. tanpa perasaan ! Hahahaha.. Kalau tunjuk poster MotherCare sedang ‘Sale’  , dia punya teruja macam sedang berada di depan Eiffel Tower nun di Paris tu ! Huhhh.

image

1 minit berenti dah memadai untuk membuatkan aku lewat 15 minit untuk tiba di Cheras ! Dan kereta semakin banyak. Masing masing berpusu pusu ke destinasi yang dah disetkan dalam kepala otak ! Semua nak cepat sampai dengan selamatnya. Selamat tu aku rasa mesti jatuh dalam no 3.4 dan keutamaan adalah sampai sebelum lewat ! Hurmm..

Dalam keadaan begini , pasti akan ada ramai pemandu cuai ! Termasuk aku sendiri yang hampir eksiden kelmarin kerana leka gara gara asyik mensetkan jadual harian di dalam benak hingga tak sedar van di depan sedang berhenti untuk masuk selekoh ! Nasib baik dia bagi ‘signal’ ke kanan dan wife sedar ! Aku ingatkan dia nak ke kiri dan aku nak potong dia di sebelah kanan ! Alhamdulillah , kereta dalam keadaan baik kerana aku rajin servis kereta. Kebaikan servis kereta bila sampai masanya ni banyak. Segalanya bertujuan untu keselamatan dan keselesaan pemilik , kan ?

Kemudian teruskan perjalanan.. Sepanjang perjalanan , aku dihiasi dengan permandangan pemandu kereta yang cukup malas menggunakan ‘signal’ bila nak masuk ke laluan pemandu lain dan ikut suka tekak diorang memotong laluan pemandu lain yang mana mengikut arahan JPJ yakni jarakkan kereta anda dengan kereta depan ! Dah kita ni jarakkan kenderaan untuk elakkan bercium dengan kereta depan , datang malaun ni , celah depan kita ! Dah tak pasal pasal rapat dengan kereta diaaaa ! GGrrrrr..

Serius aku tak paham kenapa kita malas sungguh nak gunakan ‘ signal’ ! Apakah kereta kita kelihatan seperti pondan tak bermekap atau kelihatan seperti kapal angkasa makhluk asing ??????

image

Kita terlupa atau tidak , perlu diingatkan dengan memberi ‘signal’ , kita mampu memgubah kehidupan kita untuk hari itu.. Contohnya elakkan kemalangan dan dapat elakkan doa buruk dari pemandu lain ! Contohnya ..

“ Celaka betul orang tu.. Dia ingat dia je nak cepat gi pejabat ke ?? “.

Biar lambat , asalkan selamat. Nak cepat , sila keluar sebelum subuh ke tempat kerja ..maksudnya , rancang la perjalanan ..

Panjang pulak aku bebel.. hehehe…

14 ulasan:

  1. dah jd budaya memandu kt sini. asal ada ruang je, trus cilok. xde nye nk bg sigenal dulu

    BalasPadam
  2. Setuju! makin negara pesat membangun, makin manusia malas.. padahal bukan susah pun nak bagi signal.. nak makan lagi susah dari bagi signal tau! nak cedok nasik... nak cedok lauk pauk.. nak suap... nak cari sudi garfu, nak basuh tgn.. haish laa depa ni... keselamatan kita terganggu kerana sikap depa. Jadi, kita jangan jadi mcm depa... (aku pun terbebel jugak kat sini hehehe)

    BalasPadam
  3. huhu.. mcm dah jdi trend x guna signal if nak tukar lorong..

    BalasPadam
  4. Dekat Cheras yg sama gak..
    Dah dekat 4 tahun kite drive dekat Cheras ni..Dah macam2 perkataan kita keluarkan tapi kita je yg dengar..sampai sekarang dah fed up dgn cara pemanduan org yang tak ikut undang2.ikut suka hati mak pak dia jer..nak hon kang tak pasal2 dia pecahkan cermin kete kita pulak..Dah tak tau nak kata apa dah..

    BalasPadam
  5. selalu brhdpn dgn org yg reti pakai signal..geram ..

    BalasPadam
  6. mmg sakit hati bila org masuk simpang atau tukar lane x bagi signal..memang menyumpah2 lepas tu..

    BalasPadam
  7. memang menjengkelkan pun, org yg tak bagi signal. daa laa x bagi signal. slow motion pulak dia bawak. tu pun geram jgk kadang2.

    BalasPadam
  8. sebab orang malaysia ni kuat berahsia. sampai nak masuk simpang pon dia simpan rahsia tak bagi signal sbb takut orang taw dia nak masuk simpang mana. hehehehe

    BalasPadam
  9. haha dia org rasa cam bazir letrik kot kalau bagi signal

    satuh lagi time waktu hujan Ben ...semer malas bukak lampu ...takut 'bazir letrik kereta' kot ....padahal hujan kemain lebat ...aiyooo

    BalasPadam
  10. Pihak pengeluar kereta seharusnya mula berfikir untuk mengurangkan harga kos kereta dengan membuang lampu signal. Dengan ini, harga kereta dapat dikurangkan sehingga RM 10,000.

    Dengan meletakkan lampu signal, ia adalah satu langkah merugikan kerana pengguna kenderaan tidak mahu menggunakannya sebaik mungkin. Jadi, lebih baik tak payah ada lampu signal.

    Huhuhu...

    Bila dah cium, masing-masing nyalahkan orang...

    BalasPadam
  11. itu yang selalu saya ingatkan suami tp dia signal sesaat jek..macam mana la org lain nak perasan...speechless

    BalasPadam
  12. Setiap hari pasti akan jumpa kes macam ni.. bersangka baik.. lampu signal dorang rosak agaknya.. dan kalau dia mencabar kesabaran ai yang sedang memandu.. hon jua kuberikan pada dia..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009