Peniaga ambil kesempatan atau sebab GST ??

 

Menyelerakan !!

image

Sedappp !!

image

Tapi part bayar.. tengok harga tertera… Perghhhh ! Aku punya lauk bernilai RM9.50 ! Tu pun sebab nasi separuh.. kalau penuh , RM10 ! Apakah sebab sayur import ? Dah tu bini aku punya RM10.50 ! Ada ayam dan ikan.. sayur ! Adehhh..

Dulu tempat ni murah.. tapi kalau mahal gini , jawapnya , aku beli roti Gardenia cicah milo je la pagi pagi ! Bankrupt kalau ari ari gini.. Pagi ni saja , makan pagi cecah RM30++ ! Apakah sebab peniaga nak amik untung berlebihan atau ini semua gara gara GST !

Hurm…

6 ulasan:

  1. hmmm... kite ditindas oleh org yg zalim...

    BalasPadam
  2. 2 2 kot..ada yg jenis amik kesempatan..klo harga melampau sgt tu..kalo yg jns naik sikit tu mungkin sbb gst la.huhuhu

    BalasPadam
  3. Susah nk cakap skrg en. Ben tp pemantauan perlu dibuat oleh mereka yang berwajib. Nak wujudkan GST senang tp bab nak buat pemantauan tu yng liat, akhirnya pengguna yng kena, peniaga buat untung dengan menggunakan alasan GST.

    Kita ni nak komplen lebih2 kata makanan makin mahal nanti org kedai tu ingat kita x ada duit pula....akhirnya pendam dalam hati sjalah

    Bukan makanan sahaja terasa mahal kerana GST....syiling Peringatan ASEAN yang dikeluarkan oleh BNM 27 April lepas tu kena GST juga, bertambah mahal lagi harganya.... x beli rugi sbb dh jadi hobi :D

    **tgk meja mcm kenal, area Ayer@8 kan kedai tu...saya pun selalu makan dkt sana :D

    BalasPadam
  4. ermmm... payah la gini... brokoli tu mhal kot ben.. dari cameron transport ada gst

    BalasPadam
  5. mahalnya.. itulah GST nih agak membebankan kita..

    BalasPadam
  6. Dua-dua sama. GST membebankan, peniaga yang cekik darah lagi menambah beban.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009