Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 8 April 2015

Qhaliff di usia 3 tahun..

 

Wife kirim sekeping gambar di Facebook..

image

Hurmm.. banyak kebenarannya. Qhaliff semakin lasak dan berani . Dia dan sibuk nak berjalan sendiri terutama di shopping mall ! Part ni aku cukup takut. Ikut suka tekak dia jer berjalan sana sini. Sesekali aku menyorok untuk kasi dia takut ! Terpaksa buat gitu supaya dia rasa takut ! Merah mukaa pastu ! Hurmm..

Bila jumpa rakan sebaya , dia sibuk ajak main bersama ! Terus lupa mak bapak dia.. Dia seolah olah tau mak bapak dia sedang memerhatikan tindak tanduk dia.. Bila aku hampiri dia , dia akan suakan tangan tanpa berpaling muka dia ! Seolah ada mata disisi kepala dia ! Adehh ..

Semalam , aku tinggalkan dia dan adik dia seharian di rumah mak aku. Bila aku sampai rumah , dia sibuk nak lepak ngan aku dalam bilik. Aku tengok dia semacam jer.. Dia asyik bermain dengan satu jenis mainan ni pastu dia buang sana sini mainan tu. Aku saja saja marah dia ! Acah acah nak jentik  dia.. dia takde perasaan takut seperti sebelum sebelum ni.. Aku rasa dia kena marah hari ni ! Hahaha.. Tak pe .. biar dia rasa kena marah dengan orang lain ! Kalau duduk ngan mak ayah dia , dia manja. Kena marah pon , dipujuk balik..

image

Segalanya untuk pembesaran dia. Aku tak nak dia jadi Sazali dan kelak salahkan aku kerana manjakan dia ! Biar dia kenal dunia ni.. Tak semuanya indah walaupun hakikatnya , ianya memang indah !

Semoga membesar dengan penuh kegembiraan dan penuh keilmuan serta kasih sayang , anak anak ku..

0 komen :

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI