Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 1 April 2015

Topup dikenakan GST ?

 

Dok godek page page utama di Malaysia.. Baca komen dan pendapat rakyat Malaysia mengenai GST yang dah berkuatkuasa hari ni ( 1 April 2015 ).

Hurmmm… Topup kena GST ? Aku tengok sekeping gambar yang dihantar oleh pembaca… Fuh.. berpeluh ketiak aku jap..

image

Aku ni dah la jenis topup sebulan banyak kali ! Bayangkan cukai yang aku kena hanya beli prepaid ! Adoiyaiii.. Tiba-tiba ada satu komen mengatakan topup tidak dikenakan GST ! Ada gambar sekali haaa ..

imageimage

Surat dari Kastam bertarikh 15 Mac 2015 menyatakan pihak telekomunikasi sepatutnya mengekalkan harga jualan kad prabayar tapi yang menjadi isu ialah yang mengenakan GST adalah peniaga yang menjual , bukannya telco tuu.. Hurmm..

Benda benda ginilah yang menakutkan pengguna. Walaupun pengguna boleh buat aduan ke KPDNKK tapi dalam keadaaan terdesak , nampaknya pengguna tiada pilihan ! Contohnya tengah malam buta nak telefon atau gunakan internet melalui telefon pintar.. nak nak kena gi 7 Eleven untuk membeli top up disebabkan kredit dah abis !

GST dah dilaksanakan , apakah kerajaan mampu kawal peniaga yang suka suka amik kesempatan dan perlukah pengguna amik langkah bijak dengan mula hadkan perbelanjaan ? Ada peniaga dah mula bersuara akan gulung tikar..

Bagi aku , mudah jer.. Inilah masa kita berjimat cermat dengan membeli barangan yang benar benar perlu sahaja ! PERLU saja yer.. Hentikan seketika membeli barangan yang dah ada seperti baju baru.. seluar , kasut dan sebagainya.. Bila barangan mula dah tak laris , mereka akan turunkan harga barang seperti mana kita boikot McD baru baru ni.. Mereka terpaksa turunkan harga tak masuk akal untuk menarik kembali pelanggan !

Kuasa ada di tangan kita ! Bab kerajaan dah laksanakan GST , kita boleh jeling pada mereka yang menyokong sangat GST ni ! Sekarang , pandai pulak dok bercakap pasal agama.. Suruh betulkan hubungan dengan Tuhan la… suh bersyukur laaa ! Padahal sendiri dah tergamam ! Kena tipu dek bos sendiri ? Hahahaha…

No komen… Aku bukan blogger politik ! Tapi rata rata dalam fan page utama , tiada pulak mereka yang selama ni lantang menyokong kerajaan , terus menerus backup ! Apa dah jadi ???

Tak larat nak garu kepala dah !

12 komen :

Nurulhuda Abdul Latip berkata... [Reply to comment]

Memang dah tak larat dah, so face up je la keadaan sekarang ni walaupun suka ataupun tak..

izzeyda berkata... [Reply to comment]

biar betul.. lepas nih kos topup hp bertambah laa..

~ Ain Dania ~ berkata... [Reply to comment]

Tensyen...!!!! penipu je sume ni...kate takde charge GST, tak beban rakyat konon..sudahnye..??? pg ni mkn roti pon kene GST. T_T
Sanggup tak beli air sbb tak jimat punya pasal..huhu..

aini berkata... [Reply to comment]

ya betul, tiada charge utk reload. 6% dikenakan ke atas fee shj iaitu kebiasaannya rm.050 oleh agen penjual (in this case 7 eleven telah naikkan fee tsbt..munkin).

Harith Al Harithah berkata... [Reply to comment]

betul tu..memang pun sekarang penjual yg banyak memanipulasi harga @ menipu pengguna...mcm ldm gambar 7e tu sedangkan arahan sudah ada ttapi diabaikan...rasanya mmg patut buat aduan tu...

Azlinda Azman berkata... [Reply to comment]

Saya pakai bil dari dulu. Memang dari dulu dah di kenakan gov tax. Sekarang tukar nama GST.

skuterlady berkata... [Reply to comment]

Try ler semua buat mcm mc.donald tu...kena gigih boikot kalau cenggini

boyz4338 berkata... [Reply to comment]

for ur record, maybank2u nak beli topup pon kena GST.. bukan salah 7 eleven tp KERAjaan wat bodo je..dah tau tp wat senyap

muztika berkata... [Reply to comment]

not just maybank.. cimb pon.. beriyer ler kata topup takde GST. So, kalau biasa sebulan topup RM50. GST je dah RM3. Setahun ko bayar le extra RM36. RM36 banyak okeh

muztika berkata... [Reply to comment]

not just maybank.. cimb pon.. beriyer ler kata topup takde GST. So, kalau biasa sebulan topup RM50. GST je dah RM3. Setahun ko bayar le extra RM36. RM36 banyak okeh

Franks Lither berkata... [Reply to comment]

Maybank Guna "Instant" Top Kena GST 6%..Tpi kalau guna Maybank via "Softpin" tak kena..aku dah try tadi.:)

Asri ali gur berkata... [Reply to comment]

diorang ni semua nak ambik kesempatan pada gst..so pandai pandai la kita semua servey harga hehehhe

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI