Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 31 Mei 2015

Qhaliff meraung di Genting Highand , kenapa ??


Fuh.. lega ! Abis sudah tugasan aku di sini ! Penat memang penat tapi berbaloi sebab anak anak terhibur ! Hahaha .. Terpaksa pulang malam ni gak sebab esok awal pagi wife ada kerja nak buat ! Dia kerja , aku pun kena kerja la.. Hehehe.. Tak sempat menikmati keindahan Awana Genting ni ! Nampaknya kena datang sekali lagi ke sini.. hehee... 






Ok.. Di Resorts World Genting tadi , aku lihat sendiri minat dia. Ke mana kecenderungan dia ?? Bila dia dapat berkreativiti , dia akan betul betul beri perhatian ! Kalau dia tak suka , dia akan buat tak tau atau menangis ! Huhuhuh.. 

Di Buskers and Candy Land , Resorts World Genting.. Qhaliff cukup teruja part aiskrim ni.. Hehehee.. Memang dia tampak beri tumpuan sungguh.. Tapi bila lalu maskot , dia akan berlari ketakutan dan menangis ! Hahahaha 

Sebab tu , di Horizon 50 dan Dinasour Land .. gambar Qhaliff takde ! Dia takut dek maskot yang ada pada ketika tu. Jenuh nak pujuk dia.. Walaupun maskot tu cute , dia tetap meraung ! Adehh...




Best la camana pon , dia takut .. dia meraung .. dia peluk aku atau dia gi cari tempat lain ! Sebab tu , Qhaliff takde dalam kedua gambar ni  !  Huhuhu...

Apa pun , kunjungan ke Resorts World Genting kali ni meninggalkan sejuta kenangan buat aku ! Cuti sekolah tak tau nak gi mana ? Bawak la anak anak ke sini.. Best sini..  Meh tido kat Awana Genting sini .. Ada bas pengantara ke stesen SkyWay.. free jer..

Bila Taman Tema Genting Highland..


Apa ??? Tutup ? Dah tu , aku dipanggil gi sana buat apa ? Hurmm... Mesti ada sesuatu yang menarik sebab dah masuk musim cuti sekolah , kan ? Ok.. tak pe... Tunggu harinya dan alami sendiri kemeriahan Resorts World Genting ! 

Dan semalam.. aku sekeluarga check in di Awana Genting. Aku tak pernah memandu ke sini selama ni dan buat pengetahuan , ni kali pertama aku nak ke sini sekeluarga. Kali terakhir , masa aku kerja dengan Kementerian Pelancongan. Pastu tak datang datang dah.. hehehe .. 

Jam 6 petang semalam.. aku check in.. Alhamdulillah , urusan dipermudahkan sangat... Dari perjalanan hinggalah ke pendaftaran bilik.. Dan aku dapat bilik yang permandangannya , menenangkan kepala otak aku yang dah berbulan berserabut ! Tak yah gi Eropah untuk hilangkan keserabutan rupanya. Bersepah dalam Malaysia ni tempat menarik.. kan kan ?




Suasana petang di Awana Genting.. Kehijauan yang mendamaikan.. Hehehehe... Tidur awal sebab awal pagi Sabtu ada banyak kerja nak kena buat ! Seharian punya jadual woooo !! Tengok pon dah pening. Camana budak budak ni nak ikut eh ? Sian pulak aku memikirkannya.. hehehe..

Awal pagi Sabtu.. Buka tingkap..SubhanAllah.. cantiknya view... Tenang melihatnya.. Qhaliff pon sibuk gak la nak tengok.. 

" Cantikknyaa.. "

Sejak bila budak ni jadi pencinta alam semulajadi ???? Dah boleh bawak pusing Malaysia dah ni ! Hehehehe.. 



Turun sarapan pagi.Tak sempat nak amik gambar sebab kena uruskan budak budak ni ! Hahahaha . Selesai makan.. Terus  tunggu di lobi.. kumpul kat situ bersama blogger blogger lain. Er , 2 orang blogger je pon.. hehehe.. 

Destinasi ? Jom naik kereta kabel ! Hehehe.. Qhaliff dan Zahra , naik untuk pertama kalinya manakala wife bersungguh ajak naik bas je hingga ke atas ! Hahahaha.. Takut la tuuuu... 


Dalam pukul 10 pagi , sampai dah Resorts World Genting. Ramai gak orang. Dengar kata tak ramai sebab taman tema  tutup buat sementara waktu sebab nak upgrade ! 2016 katanya akan dibuka semula.. Huhuhu..

Namun begitu , indoor masih dibuka dan ada pelbagai aktiviti menarik terutama untuk anak anak kita.. heheheh .. Aku selama ni tak amik tau pon sebab takde anak waktu ke sini.. Hehehe.. Sekarang aku dah tau camana rasanya bila bawak budak ke tempat gini. Diorang punya teruja memang .. huhu.. Yelah , kita pon pernah jadi budak budak , kan ? 

Ok.. sempena musim cuti sekolah , Resorts World Genting menyediakan beberapa persembahan dan juga aktitviti yang sesuai untuk anak kita.  Antaranya yang aku sendiri sekeluarga dah masuk ialah ..


Cute & Cuddly : Ice Cold Fun at SnowWorld



Syok dalam ni sampai aku tak leh nak tekan butang kamera ! Sejuk beku gueee .. Hahahaha .. -3 woooo suhu dalam ni..

Kemudian g arcade untuk budak budak.. Main game. Sian Qhaliff.. Dari awal lagi dia teruja. Hahahah.. Akhirnya dapat gak main dia .. hehehe.. Kasi la dia main puas puas .. walaupun tak  puas mana pon.. hehehe .. 


Selain dari tu , ada pertunjukkan I LUMINATE yang menawan hati bagi mereka yang gemarkan konsep glow in the dark ! Hahahaha.. Kalau budak budak yang dah reti bermain tu , pastinya suka tengok persembahan diorang.. 

Nak lagi menarik ? Boleh try Behind The Scenes Tour dan juga Clown Boulevard ! 



Malam , baru tengok I LUMINATE.. 


Walaupun seharian ke sana ke sini , Qhaliff dan Zahra nampaknya enjoy ! Maklumlah , sebelum ni kan terperap kat dalam rumah jer.. Dapat keluar gini sesekali , memang seronok la , kan ?

Kalau aku cerita semua , sampai esok tak abis.. Hahahaha.. Tak masuk part makan , part Qhaliff meraung.. Part muka wife cam chipmunk dalam cable car tu.. hahahaha .. Jangan marah aaa.. hehehhehe.. 

Ok , kalau nak tau program apa lagi ada , boleh check di page Resorts World Genting

Sabtu, 30 Mei 2015

Tergugatkah aku ?


Sejak kebelakangan ni , aku tercabar dengan hidangan makanan yang enak enak belaka ! Apakah aku tergugat ? Apakah aku akan makan sehingga perut melebihi dada ??? Huhuhu.. Semangat perlu kuat untuk teruskan diet dan juga senaman yang konsisten ! Atau aku akan kembali seperti sebelum ni.. 





Melazatkan ! Aku bukanlah tak nak makan.. Bukanlah nak jaga badan sangat tapi sebenarnya , aku lebih pada nak jaga kesihatan. Maklumlah , dah makin ramai mati muda akibat sakit jantung , darah tinggi , kencing manis , kanser dan macam macam lagi penyakit. Kalau boleh elak , kita elakkan la kan ? Mati tetap mati.. tapi kesihatan wajib dijaga ! Jangan semua nak melantak jer.. Rasa ala ala dah la kan ? Sekadar rasa nak tau sedap ke tak.. heehhe...

Jumaat, 29 Mei 2015

Akhirnya , 100 ribu !!

Adussss.. dah cecah 100 ribu km ni , kereta nak lari pon dah tak sedap.. Hurmmm.. ke boleh kasi sedap seperti baru keluar kedai ? Huhuhu.. nak memecut pon fikir banyak kali.. Banyak faktor perlu diteliti seperti .. kang enjin tertanggal kang.. hahahaha..

Tukar kereta ? Baru 2 tahun tuuu.. huhu.. 100 ribu direkodkan di Genting Sempah.. adeh..

Wajarkah Qhaliff dirotan ??


Lagi 4 tahun , Qhaliff akan ke sekolah kebangsaan. Darjah 1 ! Gulp.. Sekejap je masa berlalu. Anak manja aku ni semakin membesar. Aku bukanlah nak puji anak sendiri tapi aku tahu Qhaliff seorang anak yang bijak. Cepat tangkap dan sangat memerhati segala galanya ! Alhamdulillah..

Aku terfikir.. nanti bila dia di sekolah , kalau dia nakal.. dia dirotan ! Apakah aku patut tegur cikgu tu atau biarkan saja ? Tanggungjawab merotan ni , biarlah aku sebagai bapa yang laksanakan ! Cikgu di sekolah cumalah perlu mengajar !!!! 

Hurm.. begitu ke ??? 


Hurm.. walaupun aku cuma ada pengalaman mengajar beberapa tahun tapi itu dah memadai utk aku memahami betapa sukarnya kerjaya guru ini. Mereka bukan saja perlu mendidik , malah mereka juga sbg ibu bapa kepada anak anak murid tersebut !

Perlu tahu , guru bukan saja kena melayan karenah anak murid mereka tetapi juga kena layan karenah pentadbir , guru guru lain dan sesekali dr jabatan ! Tu belum part karenah ibu bapa pelajar !! Peningggg..

Bagi mereka yang takde pengalaman mengajar di sekolah terutama sekolah ni , bunyi loceng tamat sekolah adalah satu kenikmatan sementara !! Lega gileee.. Tapi kerja sambung di rumah.. Tanda buku..tanda kertas ujian... dn mcm mcm lagi !!

Aku pernah rotan di tangan salah seorang anak murid aku gara gara dia bermain dalam kelas ketika aku mengajar. Sabar punya sabar.. Tegur punya tegur..aku rotan kat telapak tangannya.. Alahai , rotan sikit je pon.. bukan menghayun. Dan esoknya parents dia dtg sekolah dan nak saman aku. Guru besar , menyebelahi dia. Aku kecewa. Aku luahkan pada rakan guru yang lain. Mereka bg aku tips mengajar..

HANG MASUK.. AJAR.. PASTU KELUAR.DEPA NAK BELAJAR KA , TAK NAK KA..BIAQ PI KAT DEPA. MAK BAPAK DEPA KAYA.BOLEH HANTAR PI TUISYEN..

Gara gara jadi guru , aku dpt penyakit tekanan darah tinggi. Hahahaha .. Setiap minggu pasti akan ada satu hari aku MC ! Terpaksa !! Aku tak larat tanggung beban walaupun aku cuma guru sandaran saja tapi kerja banyak ! Aku bukan sekadar guru ganti tapi jadi guru kelas jugak ! 

Disebabkan ni , aku pastikan  andai setiap kali Qhaliff mengadu dirotan oleh gurunya , aku akan berjumpa dengan gurunya sendiri dan mintak penjelasan. Andai Qhaliff yang bersalah ..maafkan daddy ! Daddy tak nak jadi seperti ayahnya Sazali !  Kalau cikgu merotan tu melebihi batas , maka kita tau akan prosedur kan ? Tak perlu nak gaduh gaduh.. Ikut je prosedur.. Maklumlah , ada guru pun terlebih emosi akibat beban kerja mungkin ? Hurmmm .. 


Menghampiri penamatan jaminan !


3 tahun atau 100,000 km ! Adehhh.. Baru pakai 2 tahun , dah nak cecah 100,000. Hari ni gi Genting ,confirm cecah... Pastu nak antar servis , 102,000. Walhal baru je gi servis aritu.. Hurmm.. Sebulan sekali servis kereta ni.. letih woiii.. Sekali servis , dekan RM400 ! 


Apahal sampai gitu ? Hurm.. Hari hari dok ulang alik Sepang - Putrajaya - Cheras .. hehehe.. Ke Cheras , rumah orang tua aku. Sementara ada orang tua kan ? Hari hari la gi tengok , lepak.. bawak cucu gi sana . Main ngan atuk nenek.. Aku nak la diorang tau diorang ada atuk nenek. Jangan jadi macam aku.. kurang kasih sayang atuk nenek.. Jumpa diorang pon ,segan segan jer .. Tu dulu la punya cerita. 

Wife cadang amik kereta satu lagi. Hurm... Dia baru naik pangkat. Naik pangkat bermakna gaji pon naik tapi berbaloi ke nak amik kereta kedua walaupun murah je bayar tiap bulan ? Hurmmm.. Pening jap..

Satu hal lagi.. kereta ni dah cecah 100,000 km. Jaminan pon abis dah ! Segala kerosakan pasni kena tanggung sendiri.. Adehhh.. jenuh gak...

Maggie Udang Galah Telur Mayong di D'Laila SupPower !


Menu percubaan yang menarik perhatian aku ! Aku datang pada asalnya nak try maggie asam pedas telur mayong tapi kak Laila , buat penambahan yang menarik ! Huhuhuh...

Sedapkah ???


 




Terasa kemanisan pada kuahnya  yang aku rasakan ianya berpunca dari rasa udang galah namun tetap menyelerakan ! 

Terbaik kak Laila ! 

Khamis, 28 Mei 2015

Kena tambah lagi!

Hurmm ..Punca dari gadgetkah?? Rasanya la , along dengan adik beradik lain memang payah nak masuk ! 

Sebab ?

Aku rasa la.. dia tergugat dengan kehadiran adik adiknya , kot ?  Sebelum ni dialah intan payung , kan ? Tetiba ada pencabar.. haaaaa..

Aku rasa gitu laaa.. kot ? 

Windows Live Writer bermasalah !


Ah , sudah ! Mula mula aku diberitahu oleh rakan blogger , Laily.. pasal WLW ni ! Hurm.. kenapa tiba tiba tak boleh update ? Aku yang berada di luar ketika tu tak boleh nak access untuk check. Aku mintak dia check segala setting yang ada .. Dan tetap keluar error tu ! Aiyokk..

Dan semalam.. dii rumah , try guna. Jeng jeng jeng.. Tu dia ! Aku pun kena gak ! Apa kes ni ? Aku guna dah 6 tahun .. tak pernah jadi gini.. Kenapa sekarang ? Kenapa di kala aku banyak kerja nak diuruskan , dia bermasalah ? 

Aku pun gunakan kepakaran aku ! Jeng jeng .. Google la ! Apa lagi kan ?  Dan aku menemui banyak forum mengenainya.. Kikiki.. Ramai kena rupanya ! Ada yang kata sebab Google update software API maka mana mana aplikasi yang terlibat , pasti bermasalah .. Sekarang ni mereka minta Microsoft selesaikan masalah ni dengan kadar yang segera atau ramai blogger akan frust ! Guna WLW update blog best wooo ! Cepat dan pantas sekali ! 

Harap masalah ni selesa segera.. hurmmm... Bosan nak guna web untuk update blog.. Huhuh..

Perlu ke letak #kelabbloggerbenashaari ?


Ada kawan tanya kat aku . Perlu ke letak ? Kalau tak letak ? Kena letak selalu ke ?  Aku senyum je la.. Aku tau , ramai dok pikir mereka sedang mempromosikan nama BEN ASHAARI ! Tu je la dalam kepala otak mereka. Dah tu mereka yang berniaga kat Jalan TAR tu , dok promote nama Tuanku Abdul Rahman ke ??? Haihhh..Cetek sebenarnya pemikiran orang gini .. 

Kalaulah aku benar benar nak blogger promote nama BEN ASHAARI tu , aku buat segmen cam dulu dulu jer.. Aku up dengan letak hadiah menarik , confirm beribu blogger join !  Ditambah dengan beberapa syarat lagi.. pastinya akan viral nama BEN ASHAARI dengan lebih mudah ! 

Tapi untuk apa sebenarnya 'arahan' letak #kelabbloggerbenashaari di media sosial ? Jawapannya ? Jawapannya mudah jer.. Dan rakan rakan yang letak hastag tu pon dah merasai tempiasnya ! Bukannya aku dapat job bejuta ringgit ! Bukannya aku makan job setiap hari sampai blogger di bawah Kelab Blogger Ben Ashaari tak dapat langsung ! 

Mau bijak sikit la kawan.. Bila kita berjemaah , orang nampak ! Orang respek ! Camana mereka boleh bersatu di bawah satu bumbung walhal mereka tu terdiri dari pelbagai latar profesion serta pendidikan yang tinggi ! Bukan budak sekolah baru lepas UPSR atau PMR yang join ! Mereka semua boleh berfikir dan tau apa tujuan mereka join ! 

Dan Alhamdulillah.. semakin ramai agensi pengiklanan berminat nak gunakan blogger-blogger #kelabbloggerbenashaari ! Dan paling penting , kami membantu dan sepakat ! Yang tak suka berjemaah tu , terpulang .. tak perlu nak kutuk kutuk .. Apatah lagi , kalau tak tau apa apa langsung mengenai KAMI ! 

Buffet Ramadhan 2015 : PICC , Putrajaya atau Grand Bluewave , Shah Alam ?

Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. Pastinya peminat peminat buffet akan tercari cari restoran menarik untuk mereka berbuka beramai ramai atau berdua.. bersama si dia tercinta. Auww.. Hahaha.. Ok ok... aku bagi dua pilihan.. Kenapa dua ? Sebab dua dua ni aku sendiri gi test power makanan mereka..

Putrajaya International Convention Centre

Tahun lepas , menurut mereka.. ada 200 hidangan tapi tahun ni , 300 !! Perghhh.. tak tau nak makan mana satu kan ? Hehehe .. Dan baru baru ni , aku bersama rakan rakan blogger yang lain berpeluang untuk menikmati beberapa hidangan yang bakal disajikan nanti , di bulan Ramadhan.

Ok , ni beberapa keping gambar yang sempat aku amik..















Menarik ? Haaa.. ni gambar tak edit ni ! Terus amik dari kamera .. hehehe .. Harga camana ?




Ok.. Yang kedua.. Hehehehe.. Hotel ni pon selalu gak aku gi wat review. Lokasi strategik. Layanan pon ok..


Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Sedap tak sini ? Hurmm... Kalau tanya aku secara jujur la kan , aku tak sempat makan pon makanan yang dihidangkan tadi. Aku dah mula diet. Tapi kalau tanya aku camana presentationnya ? Bagi aku , aku terliur melihatnya.. haaaaa.. Kira aku dah tertawan dan tertarik. Cuma aku dalam proses turunkan berat badan. Maka kena jaga la sikit pemakanan aku.. hehehe .. 

Ok.. jom tengok antara juadah yang bakal dihidangkan nanti.. untuk buffet Ramadhan 2015...

































Menarik ? Heeehehe .. Harga camana lak ?


Dua dua menarik ! Saja aku bagi korang pilihan.. Sebaiknya , kalau berminat tu kena buat tempahan awal sebab biasanya.... penuh !! Kang frust lak tak dapat berbuka beramai ramai dengan kengkawan.. hehehe..

Untuk tempahan , leh rujuk Facebook mereka  : Putrajaya International Convention Centre dan Grand BlueWave Hotel Shah Alam .

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI