Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 16 Mei 2015

Bila internet tiada seharian !

 

Awal pagi tadi , 4G terpampang di telefon pintar aku ni.. Sempat whatsapp kawan aku bertanyakan lokasi futsal jam 9 pagi nun di Bukit Serdang..

Selesai futsal , sampai je rumah aku. Terasa satu kepelikan berlaku.. Kemana hilangnya 4G ? Jangan kata 4G , satu G pon tarak ni !! Hurmm.. Internet down ! Line telefon pon down ! Dengar cerita Maxis dan Celcom je kena ni..

image

Bagus gak sebenarnya.. Telefon tolak tepi. Update blog pon tidak dan selayaknya , jom bermain dengan anak anak ! Hehehe.. Wife pon dapat gak masak dengan tenang tanpa belek handphone.. huhuh..

Makan budu kita hari ni yer.. hahaha.. Alhamdulillah.Menyelerakan.

image

Selesai makan tengahari.Selepas solat Zohor,pakat tidur sekeluarga.. Tidur sebab malam kang nak berjaga !  Ada plan baik punyaa.. Nak lepak Putrajaya malam ni !!

Jam 6 petang. Tengok handphone , masih takde line.. Mandikan anak anak.. Tunggu Maghrib.. Selesai solat , terus ke Ayer @8. Makan malam kat sana dulu.. Baru ke Istana Kehakiman.

Dan Qhaliff serta Zahra teruja melihat ramai anak anak kecil di sini.. beriadah bersama keluarga dan kawan kawan !

DSC06402 imageDSC06413DSC06412DSC06417DSC06416DSC06393image

Yup.. aku main bola dengan Qhaliff.. Wife ngan Zahra , main basikal… hehehe ..

image

Satu malam yang menyeronokkan. Sekurangnya dapat lepaskan tekanan kerja terutama pada wife yang dah bertukar jabatan.. huhu..

Dan pastinya , malam ni .. dua dua tidur awal gara gara terlalu penat.. Hahahaa.. Awal tak awal la gak.. dekat kul 2 pagi.. Uhuk..

Berbaloi internet takde seharian.. Punca takde internet adalah masalah pada … tah , tapi nampak la ada team TNB dok sibuk betulkan satu tiang letrik tu.. aku rasa tu la kot puncanya.. Huhuh..Rasa je la..

2 komen :

Sheila Adziz berkata... [Reply to comment]

Bila xde tenet rasa aman kjp BA... leh buat keje lain.

Tang budu tu nasi kena tambah tak soh kalu tak tambah.... selera bertambah...hihi

Seronoknye tgk abg qhaliff dan adik Zahra.

Jarang tgk BA update byk gambar...

TSHIRT MUSLIMAH CASUAL berkata... [Reply to comment]

sesekali saya tinggalkan internet terutama bila balik kampung. bila connection sangat perlahan, rasa release jugak bila kita tak der benda yang sangat. Put my iphone dalam beg dah silent kadang dah nak balik baru tengok beratus chat message. Internet buat orang jadi hidup dalam sendiri berkawan dengan orang jauh tak pandang orang kat tepi.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI