Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 26 Mei 2015

Bila kita takde ilmu..

 

“ Hekler ! Kejap Halal.. kejap Tak Halal ! Apa kes ????? Huhhh.. “.

Dulu , aku selalu fikir gitu.. Maklumlah , terpengaruh bila baca status dan juga statment kawan kawan.. Dan pengalaman aku sebagai blogger , telah mematangkan aku..

Jangan suka suka bantai sesuatu pihak andai kita tidak punya ilmu mengenainya ! Haaa !! Kita ada badan yang mengawal bab Halal Haram ni.. Mereka akan keluarkan kenyataan mengenai bila perlu atau bila ada maklumat. Jangan pulak kita memandai mandai menafikannya sedangkan pihak yang terlibat tidak pulak menafikan ! Kan ?

Dalam isu terkini .. aku pun terkejut ! Terus aku rujuk pada sahabat yang berkenaan. Aku tanya kesahihan dan dia berikan kenyataan media yang rasmi. Maka betullah tu.. Aku tanya punca dan dia pun menerangkan. Oh , begitu..

Kenapa tidak diwarwarkan terus mengenainya ? Maksud aku , punca menyebabkan sijil Halal ditarik balik ? Ada banyak sebab.. tapi kan pihak berkenaan dah bagitau ianya melibatkan kebersihan. Maka faham faham jer la .. Jangan tengok dalam kedai tu.. kena tau gak cara pembikinan .. Kita sedia maklum , untuk mendapatkan sijil Halal ni bukanlah mudah.Kena buat siasatan menyeluruh sebelum sijil diberikan.

Sebab tu , sebagai blogger terutama aku yang dah lama dalam dunia blog ni , tak semudah tu aku main petik sesuatu isu melainkan aku tau dan ada maklumat mengenainya…

Kalau tak yakin dengan kredibiliti pihak tersebut , maka terpulang la.. Mereka dah buat kerja mereka.. Kita ? Hehehehe.. Kalau nak makan, makan jer.. Tapi jgnlah pengaruh orang lain.. Tak baik.. Sapa kita ni ?

3 komen :

Nieyl berkata... [Reply to comment]

Singgah petang...
Kecoh sungguh psl isu nie..
btl la tuh..siapa kita kan...
kita tak boleh nak tulis ikut suka kita je..sedangkan kita tak tahu ketulenan cter sebenarnya...:) pilihan di tangan kita sendiri :)

Farah Waheda Wahid berkata... [Reply to comment]

ikut masing-masing kaedahnya...

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Telus,,tulus dan lurus dalam berkongsi maklumat..itu yang terbaik..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI