Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 6 Mei 2015

Disuruh buang tapi menyorokkannya !

 

Adoi.. Budak sorang ni.. Makin berakal makin menjadi pulak akal dia ! Ari tu aku suruh dia buang sampai , dia suruh aku balik.. Dah la suruh aku yang gi buang.. ayat dia tu tak leh tahan sungguh ! Ni mak dia punya ajaran la ni !!

" Gi aaa.. Gi aa buang.. Plisss.. Tima kacih.. ".

Part merayu tu memang aku selalu dengar mak dia ucapkan bila meminta ‘pertolongan’ dari Qhaliff..  Hurmm…. part ni cepat sungguh dia ikut ! Huhhh..

Dan malam tadi , Qhaliff kantoi dengan aku. Dia mintak air kotak milo. Dia abiskan kemudian gi buang.. Aku ikut dia.. Kat mana dia buang sebab dia takut nak ke dapur !

Aku nampak dia bukak penutup study desk dia ni ! Terus aku serbuuu !!

image

Arghhh.. Ya Allah.. bertuah punya anakkkk !

image

Dia berusaha menghalang aku dari membukanya namun.. sila cuba lagi 20 tahun kemudian yer untuk halang daddy mu ini. Bila aku tengok , aku mengucap panjang ! Semua sampah yang aku suruh dia buang semalam .. dia buang dalam tu ! Adehhhh..

Aku bagitau kat mak dia.. Hahaha.. Mak dia part kebersihan ni memang dititikberatkan.. Aku pon lenguh telinga dengar dia bebel.. hahaha ..

Qhaliff , ubah tempat pembuangan sampah dia selepas itu. Dia buang dalam tempat mainan Zahra pulak ! Hurmm..

5 komen :

mOoN IzzaN berkata... [Reply to comment]

hahaha.. comel je qhalif...

nadialadzim berkata... [Reply to comment]

kihkihkih.....kenapa la comel sgt Qhaliff?...

ibuHasifHafiy berkata... [Reply to comment]

hahaha...bijak sungguh abang Qhalif ni

mas saari berkata... [Reply to comment]

anak saya buang dlm bakul kain kotor.. bijak² diaorg ni kan

Afidah Azmi berkata... [Reply to comment]

hahaha..cuba kalau tak intai dia buang mana..mesti dah berbakul sampah dekat dalam desk dia kan

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI