Festival Ramadhan Klang 2015 di Pusat Pemborong GM Klang !

by - Khamis, Mei 21, 2015

 

Baru-baru ni aku ke majlis perasmian dan sidang media Festival Ramadhan Klang di Petaling Jaya. Festival Ramdhan Klang ini bakal menjadi aktiviti tahunan.. InshaAllah.

DSC05990DSC06010

Majlis yang dirasmikan oleh Pengarah Urusan Pusat Pemborong GM Klang , Dato’ Lim Seng Kok menyatakan bahawa tujuan festival ini diadakan adalah sebagai langkah untuk mengeratkan lagi perhubungan kemasyarakatan. Nama pusat pemborong GM Klang sendiri sinonim dengan pembelian barangan borong dengan tawaran harga rendah. Festival ini dilihat mampu memberikan ruang kepada pengunjung untuk menghabiskan masa bersama keluarga dengan aktivti-aktiviti berfaedah yang menarik sambil mereka membeli belah.

Antara yang menariknya festival ini ialah , penglibatan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM menunjukkan bakat keusahawanan mereka khususnya dalam bidang peruncitan pakaian dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak penganjur.

DSC06056

Pengunjung Pusat Pemborong GM Klang di bulan Ramadhan nanti bakal menikmati pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang bulan. Antaranya ialah demonstasi memasak , batik , wau , kudang kepang , pemakaian hijab , alunan bacaan Al-Quran setiap hari sebelum masuk waktu berbuka dan persembahan akustik dan nasyid selepas solat terawikh.

Sementara aktiviti yang dijangka hits sepanjang festival ini adalah ceramah ceramah agama yang bakal disampaikan oleh penceramah terkemuka dan sesi bermoreh bersama 3 artis pilihan setiap minggu.

Pusat Pemborong GM Klang turut akan meraikan peserta peserta Projek Iqra’ yang terdiri dari para pelajar dan sukarelawan melalui majlis berbuka pada pembukaan rasmi festival ini dan seterusnya majlis berbuka puasa bersama anak anak yatim dari persatuan terpilih.

Nampaknya Pusat Pemborong GM Klang terlebih dahulu bersedia untuk meraikan Ramdhan dan mereka yang macam aku yakni , nak beli segerap pakaian anak anak untuk beraya , rasanya dah boleh serbu Pusat Pemborong GM Klang ni.. Atau pergi ketika Ramadhan pon lagi bagus.. Macam aku kata tadi , ada banyak aktiviti menarik yang bakal berlangsung !

imageimage

Para tetamu juga dipersembahkan koleksi terbaru rekaan fesyen terkini. Pereka fesyen yang terlibat adalah Azlan Karim (Binqareem), Orked Mohd Fauzan (Orked), Shanell Harun (Shanell), Suhairie Mohamed (Seth & Luna), Abid Shamsuddin (Daramera), Intan Sapura Hashim (Hanapura) dan Nurul Shafiqah Md Amin (Piqa Amin & the Empire).

DSC06027DSC06019DSC06026 DSC06045 DSC06034DSC06016

Untuk perkembangan terkini atau sebarang pertanyaan , boleh rujuk ke Facebook Pusat Pemborong GM Klang .

Terima kasih… Hehehe..

You May Also Like

4 comments

  1. Nampak blouse, okey leh set nanti pi terjah...lama sungguh tak pi sini, last pi pun masa cari koleksi barang baby sebelum anak lahir...3 tahun tu

    BalasPadam
  2. blom puasa lg da tbyg2 da bju ry..hihi...

    BalasPadam
  3. wah.. boleh la shopping sin.. harap2 jimat la poket.. uhhuh

    BalasPadam