Jangan sebarkan fitnah !

by - Sabtu, Mei 02, 2015

 

Aku dapat satu mesej bergambar.. Kemalangan ! Ramai giler yang cedera dan juga maut ! Aku tengok mesej tu datangnya dari seorang kenalan yang aku boleh percaya. Selepas membacanya , aku forward ke group whatsapp yang lain tapi mesej bergambar itu telah dinafikan dengan kenyataan dari sebuah akhbar online yang terkenal.. Terkenal satu tika dulu la.. sekarang ni , ke laut dah pon.. Heehe..

Aku mula kembali was was.. Apakah aku patut sebarkan mesej berangkai selepas ini ? Atau patut diamkan jer ? Hingga kenyataan rasmi dibuat ? Andai ada kes culik atau kecurian kereta berlaku di depan mata aku.. bagaimana aku nak sebarkan andai semua memerlukan bukti kukuh seperti laporan polis , gambar selfie bersama penjenayah serta amik butiran peribadi mangsa terlebih dahulu ! Aduh.. aku pening !

Ini Qhaliff Iman.. Anak aku..

imageimage

Tiba-tiba datang seorang lelaki..

“ Encik.. ni anak encik ke ? Ada dokumen sah mengatakan ini anak encik ? Saya suspek encik nak culik anak ini ! Memandangkan rupa dia tak sama seperti encik ! Jom.. apa apa , kita cerita balai ! “.

Ah, sudahhhhh…

Atau ada kes gini.. Aku ‘tercicir’ anak aku di shopping mall.. Aku tercari cari mereka. Aku tanya pada orang ramai.. Apakah mereka akan jawab begini ?? 

“ Encik , saya tak nak masuk campur hingga pihak berkuasa sahkan kehilangan anak encik.. Buat masa ini , saya nasihatkan encik gi buat laporan polis seterusnya buat press conferance untuk memberitahu akan kehilangan anak encik ini.. Maaf , saya takut sebarkan fitnah atau subahat ! “ .

Ah , sudahhhhh… Apa dah jadi ni ? Kebenaran , disimpan dalam peti ais. Hanya fitnah dipandang tinggi ! Aiseyman..

You May Also Like

2 comments

  1. Jaman sekarang ini fitnah ada dimana-mana, jangan sampai kita juga melibatkan diri dalam fitnah tersebut, lebih baik berpaling dan berfikir rasional :D

    BalasPadam