Kerana ikan patin dan telur mayong !

by - Isnin, Mei 18, 2015

 

Nak makan apa ni ? “ Tanya aku pada wife yang sedang suapkan Zahra makan.

Ikut abang la.. Abang nak makan apa ? “ Tanya wife semula pada aku. Menda menda gini lah buat ramai suami teringin nak terjun KLCC dan pulang semula ke rumah mereka.

Mee goreng mamak nak ? “ Tanya aku semula. Aku tau dia takkan nak punya ! Dia kurang gemar makan masakan mamak. Sebab tu aku tak memasak di rumah. Aku kan berdarah mamak gak. Hahaha.. Ok tak alasan aku ?

Respon dari dia amat perlahan.

Ikut abang laa.. “ Jawab dia acuh tak acuh.

Eleeeh.. tau sangat aku..

Abang gi kat kak Laila nak ? “ Umpan aku dan mengena ! Pantas je dia jawab..

Nakk.. nak ikan patin masak tempoyak.

Tau dahhh… Dah aku pon bersiap. Jam 10.30 malam aku kuar rumah. Terlalu lewat untuk makan malam. Tapi nak buat , perancangan malam ni tak menjadi sama sekali. Ikutkan nak tidur kat Cheras tapi disebabkan beberapa perkara peting tak dapat diselesaikan , maka awal pagi esok je la gi.. Hurmm..

Beberapa minit kemudian aku memandu ke MMA Santai Corner , Bandar Baru Nilai. Ke warung D’Laila SupPower ! Sapa tak kenal dia kat situ ??? Semua kenal woooo.. Warung yang senantiasa dipenuhi pelanggan dek kerana menu menunya yang lazat. Alhamdulillah.

Tapi seperti biasa.. aku pantang duduk lepak ngan Kak Laila dan suaminya. Cofirm berbual panjang punya.. Dan dalam tak sedar , aku terima mesej dari isteri tercinta..

“ Abang g amik makanan ke g cari bahan untuk memasak ni ? “

Hahahaha.. sah sah tengah kebulur kat rumah tu ! Maklumlah , hari kurang makan gara gara perancangan 50% ke laut ! Gagal sama sekali ! Dah tentu lapar tahap Somalia punya walhal baru beberapa jam je tak makan .. huhuh..

Bila dapat mesej gitu , jawapan standard ialah ???

“ OTWWWWWW  ! “

Sambil sambung berborak isu panas untuk beberapa minit lagi.. Hehe.. Bukan senang nak dapat kuar sengsorang woi ! Huhu… Dan selesai borak , aku mintak diri. Aku pandu dengan perlahan kerana aku tak guna Myvi. Hanya Myvi saja mampu dipandu dengan begitu kencang , di Malaysia ni !

Sampai je rumah.. Tak sempat tukar seluar , berdesup semua di atas meja termasuk anak anak ! Hehehe.. Macam nak buka puasa lak ! Hehehe…

Qhaliff makan keow teow sup dan mak serta ayahnya , makan asam pedas telur mayong dan ikan patin masak tempoyak ! Melazatkannn.. Abis kuah dihirupnya aku.. huhu..

Macam piranha… Sekejap je selesai ! Sedapppp banget !!

image

Rezeki di malam hari.. Alhamdulillah..

You May Also Like

3 comments

  1. ai dah la tgh lapo ni .. wlupun dedua lauk tu tak penah mkns eumur hidup tp nampak sgt sedap

    BalasPadam