Menghampiri penamatan jaminan !


3 tahun atau 100,000 km ! Adehhh.. Baru pakai 2 tahun , dah nak cecah 100,000. Hari ni gi Genting ,confirm cecah... Pastu nak antar servis , 102,000. Walhal baru je gi servis aritu.. Hurmm.. Sebulan sekali servis kereta ni.. letih woiii.. Sekali servis , dekan RM400 ! 


Apahal sampai gitu ? Hurm.. Hari hari dok ulang alik Sepang - Putrajaya - Cheras .. hehehe.. Ke Cheras , rumah orang tua aku. Sementara ada orang tua kan ? Hari hari la gi tengok , lepak.. bawak cucu gi sana . Main ngan atuk nenek.. Aku nak la diorang tau diorang ada atuk nenek. Jangan jadi macam aku.. kurang kasih sayang atuk nenek.. Jumpa diorang pon ,segan segan jer .. Tu dulu la punya cerita. 

Wife cadang amik kereta satu lagi. Hurm... Dia baru naik pangkat. Naik pangkat bermakna gaji pon naik tapi berbaloi ke nak amik kereta kedua walaupun murah je bayar tiap bulan ? Hurmmm.. Pening jap..

Satu hal lagi.. kereta ni dah cecah 100,000 km. Jaminan pon abis dah ! Segala kerosakan pasni kena tanggung sendiri.. Adehhh.. jenuh gak...

3 ulasan:

  1. Singgah pagi..
    Wow!dah nak cecah 100000..
    Tapi betul penah skali tu..
    sebulan 2x servis sbb dah sampai waktu kena servis..
    Byk berjalan... melayan² duit..

    BalasPadam
  2. hati-hati memandu dan semoga selamat sampai aben...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009