Perakam video kereta digalakkan dipasang ?

by - Isnin, Mei 18, 2015

 

Ternampak di Jusco Cheras baru baru ni. Tanya harga.. RM499 ! Kualiti siang dan malam memang mengagumkan , katanya laa ! Berdasarkan risalah yang dia beri tu , memang benar katanya.

Aku tanya wife.. Nak tak amik ? Dia tanya aku , buat apa ? Bab ni kan.. kalau tanya orang perempuan , diorang memang agak kurang peka skit.. Maklumlah , gadget ni lelaki je yang ‘gila’ !

Tapi kalau kita rujuk kembali kemalangan yang berlaku kebelakangan ni , kalau ada bukti video.. pasti sangat membantu ! Ni kalau cakap mulut jer , jenuh gak !

Yelah.. harga memang agak terkedu skit..seringgit lagi RM500 ! Dah la tak de diskaun.. silap silap tambah lagi GST !

image

Namun begitu , perakam video khusus untuk kereta ni memanglah bagus digunakan. Aku sendiri kelmarin hampir langgar dengan kereta yang mana ada sebijik kereta lahanat pemandunya , secara suka hati nenek dia main celah masuk depan aku , tanpa beri sebarang isyarat sama sekali ! Tak ke bengang !! Kang bila berlanggar , kita salah sebab kita yang langgar belakang dia !!! Grrrr..

Hurm.. nampaknya , aku kena kumpul duit sehari RM1 untuk beli kamera ni ! Suka atau tidak , keselamatan dan bukti bergambar amatlah penting ketika berada di atas jalan raya ! Kan kan ?

You May Also Like

4 comments

  1. Yup, setuju yang ini. Saya pun macam plan nak beli satu. Jangan kata bawak kereta, bawak moto pun kena pakai jugak kamera ni. Zaman sekarang, semua kena rakam, dan dijadikan bahan bukti.

    *teringin nak beli gopro hero. :)

    BalasPadam
  2. betul, hanya ini dapat dijadikan sebagai bukti..

    BalasPadam
  3. Betul tu....takdelah bila sampai balai cakap lain report lain....huhuhu...

    BalasPadam
  4. sy pun kene pagi td...sesuka hati je mencelah masuk x bagi signal pula tu...dh la sy tgh laju..nsb sempat break...tp yg paling menyakitkn ati sebab kete tu ade lambang polis diraja malaysia...takde sivik betul!!! @#&*!#%&!#

    BalasPadam