Perlu ke letak #kelabbloggerbenashaari ?

by - Khamis, Mei 28, 2015


Ada kawan tanya kat aku . Perlu ke letak ? Kalau tak letak ? Kena letak selalu ke ?  Aku senyum je la.. Aku tau , ramai dok pikir mereka sedang mempromosikan nama BEN ASHAARI ! Tu je la dalam kepala otak mereka. Dah tu mereka yang berniaga kat Jalan TAR tu , dok promote nama Tuanku Abdul Rahman ke ??? Haihhh..Cetek sebenarnya pemikiran orang gini .. 

Kalaulah aku benar benar nak blogger promote nama BEN ASHAARI tu , aku buat segmen cam dulu dulu jer.. Aku up dengan letak hadiah menarik , confirm beribu blogger join !  Ditambah dengan beberapa syarat lagi.. pastinya akan viral nama BEN ASHAARI dengan lebih mudah ! 

Tapi untuk apa sebenarnya 'arahan' letak #kelabbloggerbenashaari di media sosial ? Jawapannya ? Jawapannya mudah jer.. Dan rakan rakan yang letak hastag tu pon dah merasai tempiasnya ! Bukannya aku dapat job bejuta ringgit ! Bukannya aku makan job setiap hari sampai blogger di bawah Kelab Blogger Ben Ashaari tak dapat langsung ! 

Mau bijak sikit la kawan.. Bila kita berjemaah , orang nampak ! Orang respek ! Camana mereka boleh bersatu di bawah satu bumbung walhal mereka tu terdiri dari pelbagai latar profesion serta pendidikan yang tinggi ! Bukan budak sekolah baru lepas UPSR atau PMR yang join ! Mereka semua boleh berfikir dan tau apa tujuan mereka join ! 

Dan Alhamdulillah.. semakin ramai agensi pengiklanan berminat nak gunakan blogger-blogger #kelabbloggerbenashaari ! Dan paling penting , kami membantu dan sepakat ! Yang tak suka berjemaah tu , terpulang .. tak perlu nak kutuk kutuk .. Apatah lagi , kalau tak tau apa apa langsung mengenai KAMI ! 

You May Also Like

11 comments

  1. Nak tambah sikit.... #KelabBloggerBenAshaari = KAMI bukan sekadar blogger

    BalasPadam
  2. Setuju..alhamdulillah ...semakin murah rezeki adik2 dibawah kbba :)

    BalasPadam
  3. orang kata kalau tidak tahu lebih baik berdiam dari, dari ketuk tin kosong...bingit bunyinya...nanti sendiri sakit telinga, sendiri sakit kepala...setiap dari kita kalau kita putuskan untuk lakukan sesuatu pasti ada alasan atau sebab-musabab yang tersendiri...makanya, kalau sekadar nak tahu bertanya tak apa... tetapi kalau nak fikir yang negatif dan keluarkan kata-kata negatif, adalah baiknya berdiam diri dari banyak berkata-kata...

    #ehhh termembebel pulak...agagagaga...

    BalasPadam
  4. huhu...yg tak official masuk boleh tumpang letak tak? (lari sambil tutup muka)

    BalasPadam
  5. betol sokong ang ben walaupun lela bukan dari kelab ben ashaari :) tak depa tak taw sebenarnya apa matlamat kita . yang depa pikir kite nak pemes ja .

    BalasPadam
  6. malu nak letak hashtag tu. blogger celup2 jer. Balik cuti sem jer dapat fokus kat blog.

    BalasPadam
  7. No komen. Heheh.

    (Kenkadang acik dayah guna gak hashtag ini)

    BalasPadam
  8. Setuju... Kerana #kelabbloggerbenashhari kami bersatu..Bersatu dalam erti kata bergabung di alam maya sama2 menaikkan nama KELAB BLOGGER BEN ASHAARI kerana kami di bawah satu bumbung...Bila ada yang mengenali kami melalui #kelabbbloggerbenashaari itu satu bonus buat kami ..Terima kasih En Ben Ashaai kerana bagi kami peluang ruang dan juga kesempatan untuk duduk dan bertapak seterusnya bertapa di bawah bumbung #Kelabbbloggerbenashaari ... Semoga ahli2 #kelabbloggerbenashaari akan terus maju dan berjaya dalam dunia blogging..

    BalasPadam
  9. sepakat membawa berkat..setiap apa yang dihasilkan bukan abag ben je dapat..semua ahli keluarga #kelabbloggerbenashaari dapat..

    BalasPadam