Perlukah semua ‘Myvi’ dipersalahkan ?

 

Haih… over benar ! Aku baca statement seorang pengguna Myvi yang mana dia diganggu di atas jalan raya seolah olah dia juga bersalah atas kes lumba haram yang melibatkan sebuah kelab Myvi , baru baru ni.

Perlu ke buat gitu ? Kalau nak tunjuk simpati , mudah jer.. Kita jangan memandu laju di atas jalan raya ! Ikut peraturan. Pakai tali pinggang kelidar. Jangan bermain handphone sewaktu memandu. Haaa… dan banyak lagi kesalahan kesalahan yang kita buat tapi kita buat tak tau !

Ok , aku pon kena ikut gak apa aku kata tu.. huhu.. Tapi aku tak de la nak ganggu pengguna Myvi yang lain. Tak de la tahap gitu walaupun pernah gak ada kereta Myvi memandu laju dan siap bagi lampu tinggi kat aku ! Waktu tu aku ingat Ferrari nak potong aku.. sekali Myvi convert kereta keranda rupanya ! Aishhh.. Aku pikir positif jer.. Mungkin dia nak tercirit dah tuuu .. Biar je la..

image

Jangan la buat gitu yer kawan kawan.. Jangan sampai semua pengguna Myvi terpaksa sembunyikan kereta mereka atau jual kereta dan beli kereta lain semata mata tak nak diganggu..

Jangan la kita tunjuk hero tak bertempat.. Ramai yang guna jalan raya tu.. Kang tak pasal pasal , berlaku kemalangan tak diduga gara gara kita nak tunjuk simpati atau tunjuk hero… Hiskh…

7 ulasan:

  1. sampai mcm tu sekali..ishish..teruk sgt tu..anti betul dia dekat kereta myvi kan...tapi bukan semua sama..

    BalasPadam
  2. sebab nila setitik, rosak susu sebelanga

    BalasPadam
  3. erkk.. huhu,, lucu jugak kadang2.. ntah apa2 laa diorang ni.. sampai hati betul buat macam tu kat org yg x bersalah..adehh

    BalasPadam
  4. Sampai begitu sekali ya...ish, ish, ish...

    BalasPadam
  5. tak masuk akal betul....keta tu x salah...org yg bawa tu...

    BalasPadam
  6. Myvi tak salah! Pemandu yg salah! :(

    BalasPadam
  7. Erkk.. takutlah pulak nak keluar rumah..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009