Stokke® MyCarrier™ Cool untuk Zahra Nur Iman !

by - Khamis, Mei 14, 2015

 

image

Baby Carrier ke dua untuk Zahra.. Zahra dah cecah 1 tahun usia dan kena la guna yang lebih selesa sedikit kan ? Maka , pastinya Stokke® MyCarrier Cool 3 in 1 ni jadi pilihan..

Berbeza dari yang sebelum ni , baby carriernya agak keras sedikit kainnya berbanding yang ni.. Yang ni lebih dan selesa untuk bayi kita..

image

Ada 3 cara nak guna baby carrier ni dan aku selesa gunakan bahagian depan. Zahra pon kelihatan lebih tenang di depan berbanding kedudukan lain.. Dah pandai lihat dunia !

image image

Sesuai digunakan pada bayi yang usia beberapa bulan hingga ke usia 3 tahun , Stokke® MyCarrier Cool 3 in 1 aku rasa antara yang terbaik pernah aku guna ! Kenapa ???

image

 

Paling penting ! Menyokong bahagian belakang si pemakai tu ! Haa.. Kalau tak sokong bahagian belakang tu , perghhh.. pasti penat dan sakit sakit badan wooo !

image

Selain dari tu ? Keselamatan.. ciri ciri yang sememangnya jadi persoalan terutama mereka yang mengambil berat mengenai kedudukan anak anak mereka di dalam baby carrier ni , turut menjadi point kenapa bagi aku baby carrier ni bagus untuk Zahra.

image

Aku tahu dan seperti biasa .. pasti akan ada yang pm aku dan mintak aku join group itu ini.. Sebelum nak pm aku atau basuh otak aku , apa kata gi baca segala info mengenai baby carrier ni terlebih dahulu.. Kita kena buka minda dan banyakkan membaca info info terkira dan termoden.. Kan kan ? Haa… aku tahu dahh !

Sila rujuk web Stokke ni untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai baby carrier ni !  Nak beli ? Berapa harga ? Kat mana nak beli ? Sila ke mana mana cawangan MotherCare di Malaysia ni.. Harga dalam RM800++ .. Murah la kan ? Barang baik..

image   image

image

Kelihatan selamat kan ?

You May Also Like

4 comments

  1. sori ben.. saya rasa ramai otai yg akan bagi pendapat lebih bernas.. dari gambar yg awak share, saya cadangkan supaya jgn pakai dgn gaya yg tengah tu (baby membelakangkan kita).. dan satu lagi.. gambar yg baby zahra mengadap awak tu, kakinya macam agak terjuntai.. position ni tak bagus utk perkembangan kaki baby.. kalau boleh make sure position baby tu support peha dia.. bontot baby lagi rendah dari lutut, bila dia dalam carrier tu nampak bentuk M kakinya tu.. cuba google position baby wearing yg betul.. maybe its just a simple thing.. tapi utk keselamatan dan perkembangan sihat anak kita juga.. maaf ye.. sekadar pendapat saya..

    BalasPadam
  2. Kalau beli ni, bila anak dah besar, boleh tak gunakan untuk support belakang ketika riding? Hehehhe

    BalasPadam
  3. @Rai OurKizuna apa kata masuk ke web dia dan baca sendiri.. mungkin dlm gmbr saya tu , saya pakai tak beberapa betul disbb kan kali pertama .. bab otai tu , jemu dah dgr.. isu dari anak saya yang pertama lagi..

    pastinya mereka yang design baby carrier ni dah jumpa byk pakar seblm keluarkan produk terkini..

    BalasPadam
  4. Bila dah carry baby senang sikit bila jalan2..

    BalasPadam