Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 11 Mei 2015

Terpaksa berhenti blogging ?

 

Antara dua.. Samada aku kurangkan amik job atau berhenti terus ? Bukan mudah nak bahagikan masa untuk cari rezeki memandangkan urusan anak anak ni bukan ada masa tertentu.. Bila mereka tidur saja baru aku ada masa untuk blog ! Manakala bila amik job , aku perlu ikuti dateline dan perlukan kreativiti untuk membuat advertorial tersebut.. Haish…

Perhatian perlu 100% pada anak anak atau jika lalai , ianya mampu mengundang kecelakaan.. Mereka ni bergerak pantas ! Dalam sekelip mata saja boleh berlaku apa saja walaupun mereka berada di depan mata.. Hurmm ..

Sebenarnya aku dalam dilema.. Anak anak penting tapi blog adalah punca mata pencarian utama aku. Bukan sedikit pulangannya… berganda dari apa yang aku pernah dapat sewaktu menjadi kuli orang.. Hurmm..

Anak ? Atau kerja ? Hurmmm.. Bukan aku je alami masalah ni.. Ramai lagi ibu bapa di luar sana ..

image image

Terus terang aku bagitau.. sebenarnya aku pon dah tak de masa untuk diri sendiri ! Nak melepak ngan kawan kawan sesekali pon kena pikir panjang..

“ Boleh ke wife jaga anak sorang sorang ? Diorang dah mula lasak.. Haishh.. “

Macam tadi… Berlaku di IOI Mall , Putrajaya. Qhaliff berlari sana sini . Nak tak nak aku kena dukung dia tapi dia meronta nak turun..Bila lepas , dia berlari dan ajak main nyorok nyorok.. Risau aku kalau terlepas pandang…

Ada sekali tu terlepas sebab ada email masuk.. aku terbelek hp jap dan dia dengan pantas berlari keluar dari premis H&M.. Aku cuba kejar , payah..kaki sakit akibat cekam kuku.. Terpaksa tahan sakit dan kejar sambil main psikologi dengan harapan dia tak lari jauh. Yang merisaukan aku ialah takut dia lari ke arah ekslator.. Maklumlah , lagi kita kejar , lagi dia lari.. Dengan cara aku tu , dia akan berhenti berlari dan akan kembali kepada aku.

Bila dah dpt tangkap , akhirnya wat la gini.. Nasib baik sado..kalau tak , mau gak pancit dukung 20++ kg sambil jalan ..

image

Di rumah lak.. dok sibuk memanjat sofa. Aku dok sibuk ngan adik dia , dia tergolek jatuh.. kepala dentum dulu .. bibir darah  ! Cepat cepat demah dengan ais.. Nasib baik rendah jer.. Haihhh.. Geram betul aku.. Pandang sana sini kena.. Pandang sini , sana kena !

Setiap hari , aku tidur kul 2-3 pagi.. bangun awal dan mula bertugas ! Jaga anak dan layan dunia maya ! Aku tak leh buat jadual sebab dunia maya ni sibuk 24 jam ! Serius aku penat kepala otak.. Ini bukan yang aku nak sebenarnya. Nampak menyeronokkan tapi sebenarnya sukar sangat !

Perkara perkara gini buat aku rasa macam nak berenti terus blogging dan tumpu pada mereka jer .. Aku tak mampu nak bahagi kepala otak aku kepada banyak bahagian ! Hurmm..

14 komen :

Hanafi Abdullah berkata... [Reply to comment]

kalau macam tu..kurangkan aktiviti blogging..fokus kepada penjagaan anak-anak..

ataupun hantar ke nursery..sekali sekala

Shuhaida Kabdy berkata... [Reply to comment]

..jgn stop blogging Ben,akak doakan moga dimudahkan urusan Ben..

muhammad nizam berkata... [Reply to comment]

klakornye lah part cengkam kuku.. haha

Superb94 berkata... [Reply to comment]

Apa kata upah org yg boleh dipercayai utk update abg punya blog sekali sekala. maybe salah satu penyelesaian kan

Muhammad Shahril berkata... [Reply to comment]

think about family n future .

Afidah Azmi berkata... [Reply to comment]

anak lebih penting..blogging ni boleh buat bila-bil masa..tapi anak..kalau dah hilang dimata susah nak cari dah ,,

izzeyda berkata... [Reply to comment]

jangan laa benti trus.. cuba kurangkan blogging, in syaa Allah boleh..

Hamelia Hamid berkata... [Reply to comment]

sayang pulak kalau berhenti berblog.. ..try hantar nursery/babysitter for a few hour a day..

Suhaila abd manap berkata... [Reply to comment]

Ben...bole akak bagi cadangan...apakata pagi hantar anak ke nursery yang terdekat kat rumah..and thari/2 or 3 ptg ben ambil la diaorang selepas kerja2 blogging ben selesai...lagi pun anak2 yang comel ni dah agak besar, biar diaorang expose dgn. kawan2 kat nursery/taska...just my 2 cent..adios

Rai OurKizuna berkata... [Reply to comment]

bagi saya, mmg susah sementara diorang kecik.. kena jugak teruskan dan bersabar. ambik apa2 supplement utk boost tenaga.. sbb saya tak setuju hantar ke nursery.. tujuan asal ben berhenti kerja dan blogging adalah sbb nak jaga diorang.. kalau hantar diorang ke nursery demi nak teruskan blogging kan dah tersasar matlamat tu.. dan kalau berhenti blogging pun tak boleh juga..sbb itu punca pendapatan..

so.. bersabarlah.. tak lama.. proses ni dalam 2-3 tahun gitu..

Yenda Ixati berkata... [Reply to comment]

Mohon tabah dan jgn stop blogging , kerana semuanya bermula disitu :)

Azlinda Azman berkata... [Reply to comment]

Boleh dah anta QHaliff ke sekolah.

ija adam berkata... [Reply to comment]

Ini la sebabnya kenapa saya tak boleh bekerja dirumah. Sebab anak-anak lebih menuntut perhatian didepan mata. Bukan saya tak pernah cuba, tapi mungkin saya tak cukup kuat, jadi bekerja dipejabat juga penyelesaian nya. Mungkin lepas ni kalau income en hubby lebih lagi, baru la saya boleh fikirkan untuk duduk dirumah jaga anak sepenuh masa. InsyaAllah...

ida =) berkata... [Reply to comment]

Nampak uolls last weekend kt alamanda. Segan nak tegur.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI