Tunaikan kewajiban..

by - Khamis, Mei 21, 2015

 

Firman Allah:”Wahai orang-orang yang beriman keluarkanlah sebahagian dari usaha kamu yang baik-baik dan sebahgian daripada apa yang telah Kami keluarkan dari bumi untuk kamu” (Al-Baqarah: 267)

 

Lama dah aku nak gi tapi tak gi gi gak ! Pernah tanya di Pusat Zakat Wilayah tapi diorang suruh rujuk Lembaga Zakat Selangor sebab aku tinggal sini. Huhu..

image

Sungguhpun aku bekerja sendiri , aku perlu juga bayar zakat.. Hari demi hari , aku tercari hari yang sesuai untuk pergi. Maklumlah , kereta wife aku guna gi kerja.

Dan hari ni , memandangkan aku ada event petang karang.. aku guna kereta sepanjang hari maka sempatlah aku singgah sebentar ke Lembaga Zakat Selangor cawangan Bandar Baru Salak Tinggi.

Alhamdulillah , tak lama pun aku tunggu. Dibantu pengawal keselamatan situ untuk mengambil nombor giliran.. takde la terpinga pinga nak tekan butang mana satu kan ? Hehehe..

Panggil dah nombor aku.. Gulp ! Aku pon ke kaunter 3. Aiseyman.. Aku ni lemah tul bab kena tanya itu ini.. Biasanya aku yang bertanya.. hahaha..

Soalan demi soalan ditanya pada aku hinggalah part kerja aku. Aku nak jawab apa eh ?? Dah la kerja sendiri.. Hurmm..

“ Penulis blog.. “

“ Owh.. patut la.. Masa masuk tu saya dah rasa macam kenal.. “.

Ah , sudah.. Ni lemah ni.. Baru nak menyamar… Hahahaha .. Niat baik ni ! Bukan nak cari salah orang yer.. Dan ternyata peramah dan sangat membantu.

Lepas kira punya kira .. Untuk tahun lepas , aku tak layak bayar zakat. Tapi tahun ni , aku kena bayar ! Ahaaa.. Alhamdulillah.. Tapi rasanya aku nak kena kira semula la untuk tahun lepas. Macam butiran aku bagi tu agak kurang tepat mungkin ? Huhuh.. Selagi tak bayar zakat , macam rasa ada batu atas kepala ! Hurmm.. Akhirat ditanya ok !!

Sebarang pertanyaan , leh rujuk ke laman web zakat atau pergi je ke pusat Zakat.. Ingat ye , setiap pendapatan kita tu.. bukan 100% hak kita !

You May Also Like

6 comments

  1. Alhamdulillah, semoga aben terus dimurahkan rezeki...

    BalasPadam
  2. Bangga anak didik KBBA bila admin sebut profesion "Saya Penulis BLOG", nanti nak cuba words tu, nak sorok profesion sekarang hahahhaha...alhamdulilah, bagus ben, contoh yg baik.

    BalasPadam
  3. berapakah pendapatan minimum untuk membayar zakat? katakan pendapatan dalam rm2000, adakah layak bayar zakat?

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. Utk zakat pendapatan tidak dikira berdasarkan jumlah gaji/pendapatan yg diterima sebulan tetapi dikira berdasarkan had kifayah. Boleh semak kalkulator zakat pendapatan had kifayah bagi selangor di http://www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/zakat-pendapatan/

    BalasPadam