Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 1 Jun 2015

DUGRO® 5 NUTRI : Demi pembesaran Si Manja

Qhaliff , nak susu tak ??? “. Dia akan geleng kepala ! Susah betul nak kasi dia susu. Makan ? Dia kurang nak makan sangat. Bila terlalu lapar baru dia mencari makan dan makan apa saja yang diberi terutama roti dan nasi. Memang itu yang dia cari.

Tapi bila di rumah mak aku , susu sepupu dia.. dia nak ! Dumex Dugro yang sememangnya dah menjadi pilihan adik aku untuk anak anak dia .Dan Qhaliff pon nak yang itu gak ! Akhirnya , aku mencuba juga Dumex Dugro untuk usia 1-3 tahun punya ! Yer , dia nak bancuh sendiri tapi aku tak benarkan part isi air panas tu..hehehe.. Merbahaya kata Qhaliff ! Huhuh.. Dia pon tahu bahaya.. Dia berdiri jauh jauh.. Aku buatkan jer untuk dia.. Macam tak biasa kan ? Hehehe..


Kenapa Dumex Dugro 5 Nutri patut pilihan mereka yang tercari cari susu ?


Ada 5 fakta yang perlu dipertimbangkan apabila nak beri susu tambahan Qhaliff bagi memastikan mendapat dos harian nutrient yang penting untuk menyokong lima bahagian segi tumbesaran utama untuk pertumbuhan kanak-kanak – iaitu otak,tulang, sistem imun, penghadaman dan pertumbuhan tisu. 

Antaranya ? Antaranya ialah..
  1. Perkembangan Otak – Kandungan nutrien seperti DHA amat penting untuk membantu pertumbuhan otak anak kita yang akan melalui proses pertumbuhan yang cepat dalam tiga tahun pertama kehidupannya.
  2. Pertumbuhan Tulang – Memandangkan Qhaliff jenis yang lasak dan gemar berlari sana sini , pastinya dia memerlukan tulang yang kuat untuk menyokong seluruh tubuhnya. Hampir 90% pertumbuhan tulang berlaku sebelum usia 18 tahun bagi wanita dan 20 tahun bagi lelaki. Oleh itu bekalan kalsium yang mencukupi pada peringkat kanak-kanak amat penting sebagai asas yang kukuh untuk tulang yang sihat setelah dia dewasa. 
  3. Pertumbuhan Tisu – Qhaliff yang semakin membesar merlukan bekalan protein yang stabil untuk memperkukuhkan pembesaran dan membolehkan tubuh membina dan membaiki tisu tubuh sewaktu dia sedang membesar. 
  4. Sistem Imun- Qhaliff kerap demam dan selsema. Dugro @ 5 Nutri ni mempunyai Vitamin A yang mencukupi akan menyokong sistem imun serta daya penglihatan dan kulitnya. 
  5. Sistem Penghadaman - Sistem penghadaman yang baik bagi kanak-kanak membolehkan tubuh mereka menyerap nutrien dengan lebih baik. Ia juga mengurangkan masalah penghadaman seperti sembelit dan meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan. Prebiotik seperti frukto-oligosakarida berantai panjang (lcFOS) membantu mengekalkan persekitaran usus baik . Oleh itu, sistem penghadaman menjadi lebih sihat dan bertahan terhadap jangkitan. 
Bagi menyokong pertumbuhan dan potensi menyeluruh Qhaliff, dikatakan Dumex™ Dugro® 5-Nutri telah diperingkat dan dirumuskan dengan protein, kalsium, vitamin A dan IcFOS dan kini mengandungi 100% lebih DHA (berbanding dengan formulasi terdahulu) untuk menyokong perkembangan otak Qhaliff.. Ini satu informasi yang menarik.. 
Semoga DUGRO® 5 NUTRI mampu memberi kebaikan pada anak anak kita… Heeee..

Sebarang pertanyaan , boleh layari :
Laman web : http://www.dumex.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/DumexDugro

11 komen :

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

wow

mOoN IzzaN berkata... [Reply to comment]

Aisya n Aeera pun minum dugro jugak... :)

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Bagus ben bancuh susu dekat anak...seronok bila sang bapa turut membantu isteri jaga anak...kirim salam kt wife ben ye :)

safurara berkata... [Reply to comment]

sembelit pun kurang minum Dugro.

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

wah wah wahh.....bertambah macho bila en.Suami yang bancuh susu anak!

Que Achmad berkata... [Reply to comment]

nk kena cuba utk Baby Ean jugak dugro ni

careno berkata... [Reply to comment]

Woo... buat ms skrg blum pernah try lg... nnti la try bg ank...

Nyna Nieyna berkata... [Reply to comment]

banyak khasiat dugro .. memang pilihan yg tak kan ada penyesalan ..

yaya_flanella berkata... [Reply to comment]

Cairnya tengok lelaki bancuh susu anak. Huhu. Lepas baca khasiat yg terkandung tu, nanti utk bakal anak anak yaya, nak cuba dugro jugalah 😊

DYatie ABakar berkata... [Reply to comment]

Sebelum ni arissa minum dugro juga. Yang kurma. ;)

Hanim Hashim berkata... [Reply to comment]

susu yang baik untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum ...tak gitu daddy Qhaliff heehee :D

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI