Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 26 Jun 2015

#ErtiSosial bagi kamu ?

 

Sebelum aku mulakan bebelan , apa kata tonton dulu video di link ni : digi.my/ben

Ok , dah ? Sudah menjadi lumrah sekarang , gadget di tangan ! Di mana mana , pasti ada gadget di tangan.. Gadget yang aku maksudkan ialah telefon pintar ! Tak kira tempat , tak kira masa.. sampai nak naik krem atau lenguh jari jemari !  Letak je telefon pintar , pegang tab atau laptop pulak ! Adoiii…

Sekarang dah masuk bulan Ramadhan.. Tiap kali masuk waktu berbuka , apakah gini suasananya ???

image

Ada yang kata tak mampu lepaskan telefon pintarnya.. Ok , apa kata buat satu ikrar atau perjanjian.. Amik satu hari dan jangan sentuh langsung telefon pintar dari awal pagi hingga selepas berbuka ! Kalau ada call emergency , ok la jawab.. Amacam ? Berani tak buat deal gitu ?

image

Ok.. boleh buat ? Berbuka puasa bersama keluarga tercinta bukanlah dapat buat selalu kan ? Dah tu , kenapa dok sibuk dengan telefon pintar tu.. Hehehe.. Aku pon kena buat ikrar ni gak woo !

Kalau dapat buat yg ni , apa kata buat satu lagi ikrar ! Pada 1 Syawal nanti , dilarang sentuh telefon pintar.. Berani tak sahut cabaran ? Lalalalaaala.. Kuatkan azam wooo ! Ingat , raya datang sekali setahun.. Tunggu punya lama , tapi masa dibazirkan dengan ngadap telefon pintar.. iskh iskh iskh… kan ?

Ok.. Digi sekali lagi membawa mesej khas buat kita semua terutama pengguna tegar telefon pintar dengan kempen #ErtiSosial. Ini satu  kempen yang bagus sekali  bagi aku.. Sekurang-kurangnya kita sedar akan kesilapan kita selama ini yang terlupa dan terleka serta asyik dengan dunia maya. Tahniah Digi !

Apa lagi ? Digi dan aku menyeru rakan rakan semua , sebarkan pengertian sebenar #ErtiSosial dikalangan kita dan rakan rakan sekalian ! Gunakan media sosial anda dengan sebaik-baiknya. Inilah masanya untuk melakukan kebaikan sesama  kita..

Tahniah sekali lagi dari aku untuk semua !

11 komen :

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

singgah pagi

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

tapi betul..bler bsama keluarga tanpa layan gajet. masa bersama tu sangat berharga.. dpt berborak face to face.. luangkan masa dgn keluarga tanpa gajet..tp tersentuh gak gajet nk upload gambar kt instagram hihi

muhammad nizam berkata... [Reply to comment]

orang sebelom berbuka banyakkan doa...hehe

irra yyan berkata... [Reply to comment]

Telefon mmg usung je ke mana sahaja. Pernah diusulkan suami ada satu hari jangan sentuh hp. Tapi xmula pon lagi.. Cabaran tanpa hp raya pertama? Hahaha nak bergambar guna hp boleh tak?

Dunia Zumal berkata... [Reply to comment]

Sukar nak sahut cabaran tu terutama raya, kena ada gambar memori time raya tu...

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

1st syawal tanpa telefon pintar?
Surrender awal² sebab nak snap picture nanti guna telefon pintar.
Sekarang ni apa pun semua dihujung jari Dan ianya ada di telefon pintar.
Sambil masak pun tengok resepi kat telefon. Hehee....
Apapun, kita perlu bijak menggunakannya ke arah yang manfaat.

Shuhaida Kabdy berkata... [Reply to comment]

sebolehnya waktu makan atau waktu bersama keluarga elakkan layan hp.. tapi macam ssh je nak buat cabaran tanpa hp raya pertama tu..hehee

Amalina Hussain berkata... [Reply to comment]

sekarang ni semua orang sibuk 24/7 dengan hp..kan? sampai dah kurang kemesraan sesama keluarga..

Zizie Zack berkata... [Reply to comment]

Pernah gak touching dgn kawan sbb asyik dgn phone dia.. sampai skrg kena kaw2.. kitorg xnk kluar ngn dia sbb dia xlyn kwn2..

Reena Sidek berkata... [Reply to comment]

Satu hari tanpa hp? zaman sekarang susah nak jauhkan diri dr gadget.. Kalau tanpa hp 1-2 jam, mungkin bertahan.. Lagi pun semua gambar di ambil sebagai memori untuk kenangan.. Satu lagi kalau tetamu dtg rumah nak beraya..jgn la menghadap hp, layan tetamu kejap...

Uncle Zuan berkata... [Reply to comment]

respect time with other people

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI