Keracunan makanankah aku ??

 

Semalam , aku pusing pusing kat Floria Putrajaya lepas abis ceramah perdana. Saja nak test amik gambar malam malam..Hehee..biasanya ke laut  aku punya gambar.. Tu nak test tuu..

Dalam kul 10 lebih , aku g makan kat medan selera.. Gue kebuluran dongg.. Dan pilihan aku.. jenama X ni.. Tak byk pilihan sebab dah banyak yang tutup gerainya.

Aku pun makan la dengan lahapnya.. Seharian tak makan yer.. huhu.. Tiba tiba aku terasa tauhunya macam dah basi.. Hurmm.. aku bedal je laa.. perasaan aku je kot.. Pastu aku balik rumah . Kat rumah , ada saki pizza hut yg aku order sebelum keluar.Belanja keluarga..murah rezeki bulan ni..

Dan selepas subuh pagi tadi , perut aku memulas mulas ! 3-4 kali aku keluar tandas hingga wife yg nak gi kerja pon dah terlewat waktu.. Yelah , aku hantar dia kan..hheeh..bagus aku kannn..

Dalam perjalanan , perut memulas lagi.. Ah, sudahhh.. aku pun memandu la dengan agak laju tapi masih dalam had laju yg dibenarkan yer..

Ni orang selalu kata..Bila ada kereta laju semacam je , mesti ada yang nak terberak tuu.. heeee..

Lepas turunkan wife , terus memecut ke Sepang..Balik rumah..  Dan di rumah , aku ulang aktiviti keluar masuk tandas berulang kali hingga aku mula demam !!

Aku pikir kembali.. Aku salah makankah ?? Takkan la pizza..wife tenang jer.. haihh.. Teringat apa yang aku makan di medan selera semalam.. Salah sendiri laa.. Patut di makan makanan yang segar ! Dah nasib badan..

Tak pasal pasal aku demam..huhu..

2 ulasan:

  1. kalau makan kat kedai kena macam ni, biasanya yang kena dulu en. suami..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009