Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 11 Jun 2015

Keyakinan diri perlu ada !

 

Ben , saya takde keyakinan diri la untuk terus berblog. Bila tengok orang lain berjaya , saya teringin tapi rasa macam tak mampu jer nak capai seperti mereka ! Camana yer saya nak jadi cam awak ni ?

Umur aku 39 tahun. Tak lama lagi akan jejak 40 tahun. Dalam usia macam aku ni , berblogging dalam niche lifestyle ni amatlah mencabar ! Aku kena bersaing dengan ramai blogger blogger muda yang kacak , segak serta lebih mantop gituuu !

Bayangkan kalau aku patah semangat ? Aku rasakan di usia aku ni , dah boleh join pertandingan Kilauan Emas gituuuu… Tak leh join belia sebab belia rasanya sampai umur 39 tahun , kan ?

Jadi , camana aku nak kekalkan semangat aku untuk terus bersaing dengan mereka dengan cara yang sihat disamping terus menjana pendapatan ni ?

Caranya…. Dekati mereka. Sertai mereka. Kenali mereka. Sesungguhnya mereka ni memberi aura , tenaga serta semangat muda yang fresh dan berjiwa kental ! Ibarat aku nak join Idola Kecil la gituuu .. hahaha …comey comey gitu image

Apa kisah dengan orang ? Kita jaga penampilan. Jangan la kasi nampak tua sangat . Kasi nampak matang dah la. Matang tu yang mahal tauuu…

Nak berjaya di zaman ni tak sesusah dulu.. Korang cuma perlu ada kelainan dari blogger lain dan tumpukan pada kelainan tersebut tetapi janganlah menyendiri. Maksud aku , bawak kelainan tu ke kebiasaan ! Contohnya laa.. Aku blogger parenting.. jangan la asyik cerita pasal anak anak jer.. Sesekali kena tunjuk yang kita ni universal ! Semua boleh buat ! Haaa..

Apakah kelainan yang aku maksudkan ? Maksud aku ialah.. Sesuatu yang kau ada , aku takde dan aku berminat nak mengetahuinya ! Setiap manusia ada kelebihan tersebut ! Jangan malu.. Berkongsilah.. InshaAllah , keyakinan untuk terus maju akan bermula dari situ..

Yakin. Usaha. Disiplin !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI