Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 21 Jun 2015

Selamat Menyambut Hari Bapa !

 

image

Sayang.. dah leh tambah sorang lagi ni ! Zahra pon dah besar.. Pandai dah sebut fish dan amboiii.. “

“ Eleeeleeee.. Yang dua ni pon memanjang hantuk kepala kat dinding.. Ada hati nak tambah..

image image

Tak kiraaa.. Nak kena tambah hingga 4 orang sebelum Qhaliff masuk darjah 1 .. hahahaha .. Adehhhh..

Bila cukup 4 orang , aku tutup blog.. hahahaa.. Tak terurus hidup aku.. Hidup anak anak , ok jer.. Aku jeer .. Bayangkan.. sampaikan semalam berlaku satu insiden mengharukan..

Qhaliff ke dapur. .kemudian dia bawak biskut chipmore lalu bg kat aku.. Dia suruh bukakan.. Zahra pon datang join skali.. Minah ni pantang nampak apa saja abang dia pegang terutama makanan ! Makan banyak tapi kurus.. Huhuh..

Aku pon amik sekeping dan bagi kat Qhalif. Dia tak nak pegang biskut tu sebab nak main game Angry Bird . Dan nak aku suapkan terus ke mulut dia . Alang alang  dah suap , aku pun suap Zahra sekali.. bergilir gilir..

Sambil makan, diorg bermain..Berlari sana sini. Zahra pun tak reti la duduk diam.. Nak habiskan sekeping pon makan masa!! Grrr.. Dalam dok tunggu tu, secara tak sedar.. aku pon join gigit gak biskut tu.. Dah lambat sangat tunggu. Tengok biskut pon sedap. Perut pun lapar dah..

Tiba-tiba aku rasa mcm ada tak kena!!

“ Weiii..aku kan puasaaaaa!! “ . Arghhhh.. Terus aku berlari ke dapur.. dan kumur mulut aku.. Adehh..

Sedap pulak biskut tu time puasa eh ? Hahahaha ..

Syok jadi bapa ni.. Mencabar tapi awet muda .. hahaha ..

Selamat Hari Bapa buat rakan rakan yang bergelar bapa..

1 komen :

Shuhaida Kabdy berkata... [Reply to comment]

hahahaha..Selamat Menyambut hari bapa ben..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI