Sentap melihat karya Syed Alwi !

by - Isnin, Jun 22, 2015

 

Terlalu mendalam.. Hanya mereka yang dah merasainya , mengetahui perasaan ini. Betapa sayu dan syahdunya bila tiba hari hari tertentu membuatkan mereka mengingati insan tersayang yang telah pergi meninggalkan mereka..

Bayangkan jika anak kecik yang belum masih tahu apa apa lagi , telah kehilangan ayah tercinta. Sedangkan kita yang masih punya ayah , endah tak endah jer.. Anggap yang ayah kita akan hidup selamanya dan kita punya banyak waktu untuk mereka.. Sedangkan mereka menghabiskan kehidupan mereka , membesarkan kita !

image

Sayu… Sekeping gambar lakaran Alwi menerbitkan sejuta rasa di dalam hati aku. Dulu sewaktu aku kecil , pernah menangis terbayangkan hidup aku tanpa kedua ibu bapa aku. Aku belum bersedia untuk bergelar anak yatim piatu ! Aku tak tau dan tak mungkin dapat melayari kehidupan tanpa mereka..

Alhamdulillah.. Allah panjangkan umur mereka hingga hari ini.. Mereka berpeluang melihat cucu mereka.. Bermanja dan berkasih sayang dengan cucu cucu mereka. Seringkali aku bawak anak anak aku ke sana untuk mereka meluangkan masa bersama atuk nenek mereka. Jangan jadi macam aku yang tak sempat merasanya..

Kawan , duit bukan segalanya.. Jangan tunggu harta sebenarnya kita pergi selamanya…

You May Also Like

6 comments

  1. Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di mana jua mereka berada.. Tiada kata yang mampu dilafazkan untuk mengucapkan terima kasih di atas segala-galanya.. Apa jua status mereka di kala ini, mereka adalah BAPA kita.. Doa kesejahteraan dan kebaikan buat mereka di dunia hingga akhirat hanya secebis untuk mereka dari apa yang telah mereka berikan kepada kita..

    BalasPadam
  2. ada jugak anak yang ada ibu bapa tapi seakan 'yatim piatu' hidupnya..apapun si anak tetap melaksanakan tanggungjawab bila dia dah besar...hakikat dunia...jahat tak semestinya di balas jahat...

    BalasPadam
  3. Salam Abg Ben, izinkan saya share gambar tu ye. Kawan saya pun ada yang kehilangan ayahanda nya.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum
    singgah pagi :)

    BalasPadam
  5. karya yang terbaik.Sangat mendalam

    BalasPadam
  6. sangat mendalam..sebak je rasa..
    baru2 ni pergi kerumah anak yatim..sedang kite menyuap lauk berbuka kat anak kita, ada mata2 yg memerhati.. Allah..waktu sedih je rasa..mcm diorg pon x lalu nak makan.. mesti teringin suapan ibu.. sekrg ni rasa x sanggup laa nak biarkan anak kita jadi yatim piatu.. hari2 berdoa agar Allah panjangkan jodoh kami didunia dan diakhirat..

    BalasPadam