Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 12 Jun 2015

Sony Xperia C4 Dual ,M4 Aqua Dual dan tablet Z4 !

 

Jemputan oleh Sony Mobile Malaysia ke ‘ Doing More With Xperia : Bloggers and Influencers Hands-On Experience’ tidak aku sia-siakan. Sememangnya dari awal aku berblogging , aku berharap sangat dapat jemputan terus dari mereka. Dan , Alhamdulillah.. hari ni tercapai hajat aku.

Berserta aku , rakan rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari turut sama hadir bagi merasai sendiri telefon pintar terkini dari Sony. Kiranya kitorang ni antara yang terawal memegang dan bermain dengan Xperia terbaru.

DSC07553DSC07597DSC07583

Ok , ok… aku tau korang tak nak aku membebel apa yang berlaku kat situ kan ? Aku tau korang nak aku bagitau best ke tak koleksi terbaru Xperia ni kan ? Heheheh.. tauuuu sangat !

Aku mulakan dengan…

Xperia C4 Dual  

image

Dengan menggunakan processor 1.7GHz Octa-core , 2GB RAM digerakkan dengan Google Android 5.0 ( Lollipop ) dan 13MP kamera belakang serta 5MP kamera depan ( 80- degree field of view , Exmor  R image sensor , unique  soft LED flash , superior auto mode ) , serta mampu guna dua jenis sim .. pastinya ini telefon pintar yg dinanti oleh mereka yang kaki selfie !

DSC07590

Aplikasi tambahan pastinya menceriakan lagi ketika korang berselfie ! Hahahaha.. Boleh membuatkan rakan rakan di media sosial ketawa bila melihat gambar anda ! Huhuhu.. Tak perlu nak edit dah dengan icon icon yang kurang cool ! Harganya , AKAN DIBERITAHU KELAK !

Skrin 5.5” dengan Full HD display. Berat 147g dan didatangkan dengan 3 warna saja. Pendapat aku , C4 Dual ni lagi best dari C3 yang aku belikan untuk wife tahun lepas.. huhu..

Menyokong LTE !

 

XPERIA M4 Aqua Dual

Teringin nak rendamkan telefon pintar anda ? Heheheh .. Boleh je kali ni tapi dengan syarat , gunalah XPERIA M4 Aqua Dual !

image

Rekabentuknya menghampiri Sony XPERIA Z3. Ringan dan amat selesa dipegang ! Takde rasa takut terlepas dari tangan pon.. huhu .. Rasanya tak perlu dah nak guna sebarang casing.. Memang dah cool dengan cara gini jer..

Dengan menggunakan prosessor SnapDragon 615 Octa Core , Adreno 405 ,kamera 13MP belakang dan 5MP depan , paparan 5” , memori 2GB dan sokong HSPA . Takde LTE yang ni yer.. hehehe ..

DSC07581

Harga , bawah RM1K. Khas untuk mereka yang bajet tak sampai 1K tapi memiliki telefon pintar yang confirm puashati punya !

Ok… ni part paling aku suka.. Hehehe.. Lama dah aku idam wooo !

XPERIA Z4 Tablet

DSC07575

Boleh guna papan kekunci yang dihubungkan dengan NFC , pastinya aku boleh update blog di mana mana dengan lebih tenang ! Hahahaha.. Yelah , dah la tab Z4 ni ringan.. syok la nak usung ke sana sini .. kan kan ?

Dengan menggunakan prosessor Qualcomm SnapDragon 810 ditingkatkan dengan LTE serta 64 bit Octa core CPU Adreno 430 GPU , pastinya membuatkan pergerakkannya lebih lancar .. takde lag punya !

Harga ?

DSC07574

Seperti aku kata sebelum sebelum ni , kalau nak beli telefon pintar.. antara yang patut diambil berat ialah.. boleh masuk air wooo ! Hahahaha …

Terbaik dari Sony !

3 komen :

DYatie ABakar berkata... [Reply to comment]

baru nak kata berkenan juga dengan tablet tu tapi harga lagi mahal dari laptop Yatie! hahaha. pengsan seketika!! hihihi. sony ni yang best nya sound dan kamera. betul tak?

Salhah Suhot berkata... [Reply to comment]

Encik ben, aqua m4 ada front flash x? Cam berkenan ni...

NASRUDDIN NASS berkata... [Reply to comment]

Ben selalunya sony yg bagi jemputan ke???teringin nak pergi Event macam ni 😔😔😔

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI