Tak nak gunting rambut !

by - Jumaat, Jun 19, 2015

 

Haih.. gagal lagi walaupun dah rasuah aiskrim dan mainan ! Dia tak nak gunting rambut dia. Dah siap duduk atas kerusi dah.. Orang tu pon dah pegang mesin nak gunting rambut.. Iskhh…

Menangis meraung raung.. Air mata .. air hingus segala air keluar ! Aku, kecik besar kecik besar je tengok Qhaliff masa tu.. Dan akhirnya, batal lagi niat nak gunting rambut dia !

Camana nak bawak dia masuk Selamat Pagi Malaysia , Ahad ni ? Dengan rambut dah melebihi had.. hurmm…

image

Akhirnya , aku gunting sendiri. Aku gunting masa mandi di bilik air.. Di bilik air , dia membebel cakap ..

Ha.. kotor dahh.. Tengok.. “. Sambil sapu badan dia.. Rambut yang dah bercerai dari kepala dia itu tidak menyelesakan dia rupanya.. Hurmm.. Pembersih budak ni ! Grrr…

Qhaliff.. kenapa tak nak gunting rambut ? “ tanya aku.

Takuttt… “ jawab dia.

Dia takut bunyi mesin gunting rambut tu rupanya.. Hurm.. Kena cari pendekatan lain pasni..

image

Rambut baru.. macam tak gunting je kan ? Hahahaha…

You May Also Like

2 comments