Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 1 Jun 2015

Terlupa bayar makanan !


Dari Awana Genting ke rumah mak aku cuma dalam 44 km jer ! Jangka masa , 1 jam. Kalau nak terus ke rumah aku , tambah lagi 50 km ! Aku yang seharian tak dapat berehat lagi , amik keputusan nak tinggalkan anak anak aku kat rumah orang tua aku sebab esok awal pagi aku nak kena hantar wife ke pejabat. Ada perhimpunan bulanan..

Sampai rumah mak aku , aku cari parking .. takde yang kosong ! Rumah flat.. paham paham je la.. Maka aku buat keputusan untuk terus balik ke rumah jer. Tak berani nak tinggalkan kereta kat luar kawasan perumahan. Banyak kes pecah rumah dah berlaku.

Aku , sebenarnya tak mampu nak drive dah. Risau tertidur masa drive. Banyak kali dah berlaku. Aku bernasib baik takde apa apa berlaku.. Hurmm... Nak dijadikan cerita , dalam perjalanan pulang.. aku ternampak satu restoran kat satu tempat ni.. tepi jalan jer. Dan aku buat keputusan untuk berhenti makan. Wife pun lapar.. heheheh..

Aku order sotong kangkung dan beberapa jenis makanan lagi. Selepas makan , aku masuk dalam kereta dulu. Tinggalkan Qhaliff dgn wife manakala aku ngan Zahra ke dalam kereta. Dia ngantuk sangat dah. Kang risau dok menarik sana sini benda depan mata. Dok layan stim ngantuk la tuu..

Beberapa belas minit kemudian , wife datang dengan Qhaliff. Dia dah bayar semuanya. Aku pun memandu seperti biasa. Tiba tiba wife bagitau yang dia belum bayar duit sotong kangkung. Alahaii... jauh dan ni nak patah balik.. hurmm..

Wife bagitau.. esok je la bayar. Gantung satu bayaran. hehehe... Aku tak setuju dengan cadangan dia.. Aku entah esok lusa mati ? Sapa tau kan ? Sapa nak jelaskan hutang tuuuu.. Dan aku pun patah balik . Jauh ke dekat ke , aku tak nak menjawab di akhirat nanti.. huhu..

Dan sampai kembali ke restoran tu.. wife g bayar.. hehe.. aku memang dah tak larat. Berharap sangat sampai rumah dalam masa 5 minit ! Tapi itu tak mungkin.. huhu...

Bagi aku la.. jangan berhutang jika tak perlu.. Jenuh nak bayar wooo..

3 komen :

Dkna Abza berkata... [Reply to comment]

betul tu, kalau bab makan ni boleh buat tidur tak lena kalau tak bayar.

saye niza berkata... [Reply to comment]

Sy pernah, makan cendol dan soto. suami pegi byr kt makcik soto, ingatkan, dah sekali kira. Tye suami, dah masuk air ke? dia tak pasti, makcik tu sebut je harga, dia byr.Lepas byr suami terus cpt2 pergi toilet jauh. sy tunggu je di kedai sbb musykil cendol belum dibyr.sy tye mkcik, berapa hrga soto? 3.50. cendol? 2.00. stgah jam tgu, smp suami patah balik.sy tye suami berapa balance duit td? RM3. So tgk balance dah tau belum byr, sy suruh suami gi bayar hihi.kalau dh rezeki mkcik tu, rezeki jgk hihi

HE.RE. K.NOT berkata... [Reply to comment]

pasal makan minum ni dah jadi darah daging. Alhamdulilah kita ingat..kalau tak ingat huhuhuhuh...Begitu juga dengan Hutang..ada species time nak hutang mulut manis mcm tanam tebu tepi bibir..sekali time nak tagih Boleh LUPA????? Apa kesss...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI