Tidak ku bawak ke dalam kubur..

by - Khamis, Jun 18, 2015

 

Terpampang di dada instagram Mothercare Malaysia. Wife yang mengemari produk produk yang dijual di situ , satu tika dulu.. tak sangka akan terlibat secara langsung dengan mereka..

image

Bangga ? Tipulah tak .. tapi takde la tahap aku nak berlagak riak gitu ! Tolonglah yer.. Semua ni boleh hilang sekelip mata.. Tapi sekurang-kurangnya , aku berbangga dengan pencapaian aku. Aku bukanlah gi mengampu sapa sapa untuk dapatkan apa apa job. Aku buktikan dengan turun ke event dan tunjukkan kesungguhan. Berikan yang terbaik !

Kadang kadang aku rasa macam nak pakai gini jer gi event.. atau keluar kat tv mahupun majalah.. Biar orang tak kenal aku.. aku leh lepak mana mana tanpa aku risau..

image

Tapi aku tak nak la buat gitu.. Aku menulis dengan ikhlas di blog. Menegur dengan sopan di Facebook.. Instagram , Twitter .. tempat aku meluahkan segalan perasaan hati dengan kata kata dan juga gambar !

image

Kejayaan aku dalam dunia blog cumalah sebesar kuman.. Takde apa nak dibanggakan secara umum tapi secara peribadi , aku bersyukur kerana apa yang aku cita citakan .. menjadi kenyataan ! Dah lama aku impikan penulisan aku jadi bacaan orang ramai.. Walaupun kurang ilmiah sekurangnya aku berkongsi rasa dan pengalaman yang aku lalui..

Ikutkan.. lama dah aku nak bersara dari dunia maya ni tapi…

You May Also Like

1 comments

  1. Tahniah bro.. Moga segala perkongsian yang baik akan mnjadi saham akhirat kita semua

    BalasPadam