Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 14 Julai 2015

Beza lelaki dan perempuan shopping !

 

“ Rasanya nak beli Levi’s lagi la.. Sedap pulak pakai..”.

Dulu aku memang hantu Levi’s tapi bukanlah 501. Tak mampu beli. Tapi aku tak beli klon punya. Tak mampu , buat cara tak mampu ! Haaa.. kan ? Aku beli 521 jer.. Cutting dia pon sedap dan selesa.

Baru baru ni aku beli Levi’s 505 ! Aku tak pernah try pon sebelum ni.. Dan ternyata aku amat sukakannya ! Tu pasal aku kembali ke butik Levi’s dan beli sehelai lagi.. Huhu..

Bila aku dan set dalam kepala aku apa aku nak beli , aku terus masuk dan pilih warnanya. Aku tak belek dah  jenis lain.. Masa bergerak ! Banyak lagi tempat nak kena pegi !

Test pakai dan ok ! Bayar dan keluar.. Tak sampai 10 minit..

image

Sebelum tu aku beli seluar tu , wife aku terlebih dahulu nak beli tudung. Maka masuklah ke satu butik tudung kat Alamanda ni.. Pada awalnya dia agak segan nak masuk sebab ingatkan harga mahal mahal. Bukan dia tak mampu tapi dia jenis berjimat.. Berbeza skit ngan aku.. hehehe ..

Dia masuk dan pilih.. pilih dan pilih. Jumpa ! Dia tanya aku.. ok tak ? Aku kata , ok la.. Kemudian dia letak dan ajak aku keluar.. Aku tanya kenapa tak beli ? Dia kata tak pe la.. Nanti nanti je la..

Tapi sepanjang perjalanan dia dok cakap pasal tudung tu ! Arghhhh !!! Dan selepas membeli barang dapur , dia kata esok nak datang balik dan beli tudung tu.. Huk alohhhhhh..

Kan tadi dah suruh amik jer ? Abang belanja laa.. “.

Terus berubah. Menyesal pun nampak gak kat riak muka dia. Seolah berkata..

Kalau tau tadi.. amik dah ! Rugi , rugi.. “.

Dan malam tadi , aku ajak gi Alamanda sekali lagi.. Sian kat dia.. Aku suruh dia beli terus tudung semalam tu.. Dan.. setengah jam aku tunggu ! Dia try tudung lain warna lak ! Satu , dua dan tiga ! Patut laaa lama ..

“ Bang , ok tak warna ni ? “

“ Berapa sehelai ? “

“ Kalau amik lebih dari 2 helai dapat diskaun 20% “

“ Selepas diskaun berapa harga ? “

“ RM52 “

“ Haaaa.. amik la semua tuuuu .. Senang ! “ .

Color dan kainnya memang aku suka. Cantik. Sebab tu aku suh dia amik semua..

image

“ Bayar dah ? “

“ Dah.. “

“ Guna apa ? “

“ Debit Zila laa.. “

“ Aik.. awat tak guna duit abang bagi semalam ? “

“ Bang.. duit tu la beli aiskrim.. Duit tu la bayar zakat.. Duit tu la beli mainan Qhaliff.. Berapa tinggal ? “

Oh ya kaa… Hahahahhaa.. Selamat duit aku.. Hahahahah.. Tapi aku kena ganti balik la.. Tranfer balik duit.. Huhuhuh..

15 komen :

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Hahahahhaha itulah kaum perempuan ben...kami ada byk nafsu espeacially tang mata...tp tak beli jugak...pastu balik rumah dok talbiah kt suami...kehkehkehkeh...sama je perangai semua...tapi kan tu uniknya perempuan ni ben...hehhe

Norma NML berkata... [Reply to comment]

..bagusnya wife Ben :)

Dunia Zumal berkata... [Reply to comment]

10 minit je pilih barang mahal tu yer...

Lin Chalo berkata... [Reply to comment]

Encik suami saya kene paksa beli baju baru dia beli. :D

Lyssa Faizureen berkata... [Reply to comment]

hahahaha .. best lahhh akk zila ngn ben .. sweet2 gituuu ^^

nor azman berkata... [Reply to comment]

laki kejap je beli..hehhehe

yoorin melacolea berkata... [Reply to comment]

hahaha.. samalah.. ritu dah berkenan baju kat jusco au2..tp macam banyak kali pikir nak beli ke x..x beli pon..kat rumah dok bebel2 kat laki macm menyesal tak beli.. sebenarnya tak beli pakai duit sendiri.. hahaha

Nurul Nadiah berkata... [Reply to comment]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Ieta Mat Saad berkata... [Reply to comment]

Ekekeke... Ntahnya bos... Bagi le lebey sikit. . :D

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

funny.. hihih

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

hehehhee...
sempoi cara aben shopping
kul 10 sempat lagi ajak shopping nie.

khaty aiman berkata... [Reply to comment]

tolak ansur...nice new face

mas saari berkata... [Reply to comment]

saya ngan husband lak terbalik, husband saya yang suka pilih lama².. dah nak beli pun boleh pulang balik tak jadi, pastu nyesal.. heheheee

shah berkata... [Reply to comment]

betul, saya pun style sama mcm bang ben, kat rumah lagi dah set target apabende nak beli, pastu terus terjah ke barang target, pastu kaunter, bayar, setel. kecuali... kalau masuk kedai hardware banyak bende nak dibelek dan pikir projek apa boleh buat... hahahahaha

Ajuya Rashid berkata... [Reply to comment]

Untung larr malam tu jugak pergi balik..hehe. Suami sy masuk levis lama betul. Shopping dia mcm org pompuan gak ��

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI