Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 11 Julai 2015

Isu Zahra : Jangan sombong kawan !

 

Pada awalnya aku tonton video dia.. Setiap kata-katanya adalah luahan rasa dari dirinya sendiri dan juga anak anak muda di zaman ini ! Zaman ini zaman yang amat mencabar ! Ada ijazah saja tak mencukupi ! Perlu ada lebih dari itu. Tapi ?? Apa masalahnya ?

image

Aku baca kawan tu punya komen terhadap Zahra ni , macam ada bau bau riak sedikit. Aku rasa dia mungkin tergolong orang yang berjaya tapi apakah itu menunjukkan dia akan berjaya hingga ke hujung nyawanya ? Bagaimana pula dengan nasib anak cucunya ???

Aku kenal orang yang berjaya kemudian jatuh tersungkur ! Dan berusaha kembali untuk naik ! Bukan mudah tapi perlukan sokongan moral terutama dari masyarakat dan juga kawan kawan . Dan kawan kawan masa ni , ramai blah dah ! Berapa orang je tinggal untuk membantu.. Hurm..

Aku tak kisahlah kebenaran fakta yang dia berikan tapi apa yang dia nak sampaikan ialah anak anak muda zaman ni perlukan bantuan ! Bukan sekadar bantuan untuk terus hidup bersaing di negara yang semakin mencabar taraf kehidupannya tetapi juga dari segi moral ! Sapa nak bantu ??

Anak muda zaman ni bijak bijak. Walaupun ada yang tak belajar tinggi tapi tak semestinya mereka ni tak bijak , kan ? Sayangnya kebijaksaan mereka ni tak digunakan sebaiknya. Tu pasal ada yang salah guna setelah mereka kecewa dengan apa yang mereka rasai.

Untuk berjaya bukanlah mudah dan bukan semua orang punya nasib seperti kita. Semalam , sewaktu aku keluar dari masjid selepas solat Jumaat , aku lihat ramai pengemis di kiri kanan jalan. Dan aku lihat ramai orang mengeluarkan duit dari kocek masing masing dan memberikan sedekah tanpa melihat sapakah yang meminta itu. Apakah mereka itu benar benar pengemis ? Atau sindiket ? Atau mereka itu sebenarnya kaya ? Mereka tak kisah pon.. Mereka cuma jalankan tanggungjawab mereka iaitu membantu pada yang perlu ! Bukannya gi herdik atau sound tepat kat muka diorang..

Woiii.. kau tu sempurna. Tangan ada.. kaki ada .. Gi la cari kerja ! “.

Ambik contoh aku sendiri la.. Walaupun aku dikategorikan blogger yang dah mampu menjana pendapatan melalui blog , tapi aku menubuhkan komuniti yang boleh membantu blogger lain untuk turut berjaya seperti aku. Bukannya aku nak kata kat diorang..

“ Korang perlu berusaha sendiri untuk berjaya , macam aku dulu dulu ! “ .

Eh.. jangan gitu.. Tak semua orang bernasib baik. Mana yang boleh kita bantu , kita bantu laaa.. Niat tu kena ada .. kena betul ! Kalau dok asyik cari salah orang dan bandingkan dengan kejayaan yang kita kecapi.. hurmm… letih la gitu..

Satu lagi kawan .. hari ni hari dia ! Kita tak tau lagi hari kita camana.. Aku dah rasa tersungkur , kawan.. Dulu pun pernah di atas.  Cukuplah sekali tersungkur.. Perit !

Tamo sombong sombong , kawan .. Ini bumi Allah. DIA saja layak sombong. Kita sekadar hambaNYA. Dan perlu saling membantu..

18 komen :

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Ikut resam padi..semakin berisi..semakin rendah tunduknya..

Min Aina Ila Aina berkata... [Reply to comment]

setuju sangat.
ramailah usahawan jutawan berjayawan yang mula memberi pendapat perli-perli si zahra ni. kononnya tidak berada di luar kotak. sedangkan dia mewakili golongan muda berpendidikan sepertinya.

yoorin melacolea berkata... [Reply to comment]

apa yg saya alami sekrg, sama apa yg zahra alami.. memg sebijik.. tapi sapa nak dengar luahan dan suara hati kita.. baguslah.. berani jugak dia luah perasaan depan TPM.. setengah org pikir kami merungut, tapi realitinya org tu pon sama jugak.. cuma tak sedar..

suhaila Johar berkata... [Reply to comment]

setuju..zaman makin mencabar..setinggi mana pun kita berada, ada masa kita akan lalui proses kegagalan,jatuh tersungkur..sampai masa,kita juga perlukan pertolongan dr yg lain..hidup saling memerlukan

mas saari berkata... [Reply to comment]

hujah yang bernas..
jangan sombong mendongak langit nanti ke tanah juga kita kembali.. syukur dengan setiap rezeki masing²..

Maria Firdz berkata... [Reply to comment]

Mereka anak muda... Graduan... Sebaiknya kena dibimbing bagaimana nak berjaya bukan kritik.. Mungkin mereka tak nampak cara... Jadi,yang dah berjaya kena bantu la kan..

Azlinda Azman berkata... [Reply to comment]

Bukan senang nk senang..bkn ssh nak ssh

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Pernah difitnah...di caci...dimaki...semuanya atas sifat rasa iri hati dan dengki...perittt dah rasa gitu ben...cara julia ikut resam padi...makin berat makin rebah ke bumi...xpernah nak rasa dongak ke langit ..rasa x layak

Syuhada Amir berkata... [Reply to comment]

Betul tu...setuju sgt!!

Allah bg ujian berbeza mengikut org dan keperluan...kita tak perlilah nak riak sombong...moga Allah bg hidayah kpd semua :)

Dunia Zumal berkata... [Reply to comment]

Betul tu bro Ben, persaingan makin sengit jadi makin susah untuk dapatkan kerja. Mana2 berkemampuan patut beri sokongan, walaupun sekadar sokongan moral macam bro Ben lakukan...

Ieta Mat Saad berkata... [Reply to comment]

Thanks Ben. Betul tu Ben. Jangan sombong. Jangan Ego. Banyak akak nampak kebaikan berada dalam KBBA ni. Pelik bila orang marah dan caci macam². PHD banyak mungkin...

Anaa Niesaa' berkata... [Reply to comment]

dia rasa dia hidup menongkat langit agaknya. kalaupun dia dah berjaya. dia tetap sepatutnya tak boleh merendahkan golongan yang baru nak memulakan pekerjaan. Saya ikut isu ni, tak ambik berat pasal umur dia. tak kisah pn. tapi saya kisah, saya fikir, macam mana nak survive,tahun depan graduate. Ramai lagi yang akan graduate tahun depan. Untuk course saya saja dah 80 orang. Apalah nasib kami.Yang dah berjaya, janganlah sombong sangat. Awak tak menongkat langit pun.

Nutri Bifidus berkata... [Reply to comment]

ramai usahawan-usahawan yang PERASAN hidup dia luar biasa, PERASAN dah buat kerja mulia.. diorng PERASAN mcm diorng dah bnyk membantu.. padahal perli-perli golongan yang belum bisnes macam dia..

haji kecil berkata... [Reply to comment]

Nak dapat pekerjaan zaman sekarang realitinya memang sukar.
Graduan bukannya memilih sangat , tapi bayangkan sudahlah kerja yang dipilih bukan berkaitan bidang dipelajari , dapat pula gaji yang tidak setimpal dengan basic life survival cost.
Majikan tolonglah perihatin. Dah berapa tahun asyik tangga gaji seribu. Dah dua tahun kerja pun masih lagi tangga gaji sama. Mujur belum kahwin dan masih menumpang rumah mak ayah. Tak perlu fikir soal sewa rumah api air, semua dikongsi bayar.
Nak diikutkan , tinggal di bandar dengan gaji 3000 sebulan pun dah dikira miskin bandar. Inikan pula seribu ?
-Luahan bagi pihak keluarga. He he

Salam kenal tuan benashaari.
Haji baru nak start berblogging. Mohon tunjuk ajar ye. Tq
Cinta Ummah

haji kecil berkata... [Reply to comment]

Nak dapat pekerjaan zaman sekarang realitinya memang sukar.
Graduan bukannya memilih sangat , tapi bayangkan sudahlah kerja yang dipilih bukan berkaitan bidang dipelajari , dapat pula gaji yang tidak setimpal dengan basic life survival cost.
Majikan tolonglah perihatin. Dah berapa tahun asyik tangga gaji seribu. Dah dua tahun kerja pun masih lagi tangga gaji sama. Mujur belum kahwin dan masih menumpang rumah mak ayah. Tak perlu fikir soal sewa rumah api air, semua dikongsi bayar.
Nak diikutkan , tinggal di bandar dengan gaji 3000 sebulan pun dah dikira miskin bandar. Inikan pula seribu ?
-Luahan bagi pihak keluarga. He he

Salam kenal tuan benashaari.
Haji baru nak start berblogging. Mohon tunjuk ajar ye. Tq
Cinta Ummah

saye niza berkata... [Reply to comment]

I feel her

reenapple berkata... [Reply to comment]

Hurmmm... agak separuh setuju tapi setakat komplen itu komplen ini tak akan menyelesaikan. Ada benar juga kata kata yg bg komen tu. Kenapa nk guna car instead LRT?


Ya, hidup kat KL bukannya senang. Tapi kena pandai pandai bahagikan kewangan. Hurmm

Apa apa pun harap dedua pihak tak bergaduh. Kesian kat adik tu

bella hamzah berkata... [Reply to comment]

saya setuju dengan zahra sebenarnya sebab saya sendiri graduan yang hampir sebaya dengan zahra.. merasainya sendiri.. after grad degree cari kje... dgr cerita basic starting for diploma 1600 basic utk degree 1800-2k but saya keluar diorang ckp u xde pengalaman basic diorang boleh bagi 1500. Lagi rendah dr diploma and setaraf gaji spm.nak tak nak saya terima sbb skrg bukan sng nak dpt kje.. but 1500 tak cukup dengan kos sara tinggi kalau spm mungkin cukup sebab dorg tak buat loan ptptn utk ambil diploma or degree.. keluar2 degree ada hutang ptptn 30k.. gaji bulan2 rm1500.gaji kami 5% sahaja dari loan kami.. saya tak mampu nk beli kereta.saya nak pakai kereta tp sbb tak mampu. saya pergi kerja 2 kali transit lrt ke bus.. niat dihati nk pakai kereta sbb lrt dan bus jarang sekali berhenti depan ofis.. turun je bas saya jalan kaki sikit naik jejantas then jalan kaki lagi dlm 10 miinit.. jalan kaki sejauh tu bahaya sbb kadang2 rasa diekori.. bab kereta saya tak heran sangat tp rumah?sekarang nk dpt rumah baru bawah 200k susah sangat2.kami hanya mapu beli rumah flat je... im just hoping kerajaan akan turunkan harga rumah.rumah kos rendah pon dah mahal atleast tetapkan harga minima supaya golongan akan dtang tak terbeban dengan kenaikan rumah

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI