Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 26 Julai 2015

Kenapa aku suka pergi SENHENG ?

 

Sebelum masuk Syawal ari tu, air cond rumah aku rosak.. Memang berpanas laaa aku sekeluarga ! Perancangan nak beli aircond baru. Air cond sedia ada ni dah masuk usia 2 tahun lebih. Sama usia dengan rumah aku..

image

Maka , semalam pegilah ke SenHeng cawangan Bandar Baru Nilai.. Di sana , wife bertanyakan mengenai air cond dan juga waranti air cond lama.. Saja je la tanya.. Kot la boleh repair ke apa..

Dan staff situ pon check. Bagus staff SenHeng situ.. Memang bagi kerjasama punya. Tanya la apa pon , diorang akan menjawabnya dengan sebaik mungkin..

Dan rupanya , air cond aku tu aku amik jaminan  tambahan ! Jumlah jaminan ada 5 tahun ! Waaahhhh .. Abis tu camana ? Menurutnya , mereka akan hantar seorang juruteknik air cond untuk check air cond yang dikatakan rosak tu terlebih dahulu. Kemudian report akan dibuat.. Samada mereka akan perbaiki secara percuma atau… atau tukar baru terus !!! Perghhhh ! Terbaikkkk laaa.. Tak sangka lak sampai tahap gitu kan ?

imageimage

Dulu aku pernah beli DVD player kat SenHeng Alamanda. Dah pakai setahun lebih , player tu rosak..Aku pon teringat ada warranty , terus bawak player tu gi sana. Memang tak cerita banyak .. tukar terus yang baru !

Kalau korang g SenHeng untuk beli barangan elektrik tanya betul betul. Jadi ahli dan amik jaminan tambahan ! Tak rugi punyaaaa !

Walaupun agak mahal sedikit berbanding di luar yang mana boleh buat tawaran harga tapi bagi aku , service after sale tu penting ! Aku kena banyak kali dah dengan peniaga luar.. Tu aku rela beli kat SenHeng jer.. senang citer ! Court Mammoth ? Tak berminat sama sekali !

Untuk pengetahuan.. aku tambah satu lagi air cond untuk dalam bilik tidur.. Amik 1hp. Service yang bagus membuatkan pelanggan tak ragu ragu untuk membeli barangan di situ walaupun harga agak sedikit mahal !

10 komen :

aeinna Musa berkata... [Reply to comment]

tak pernah beli brg di senheng lagi..hihi

Daus Redscarz berkata... [Reply to comment]

dulu pernah beli tv LCD SONY tambah extra years waranty, memang berbaloi. Pernah rosak sekali pada tahun ke-5,technician sony datang rumah repair. Free je.

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

PC belum pernah membeli di sengheng..tapi kawan kawan ramai juga yang dah jadi ahli..mereka kata ok..alhamdulillah..

mizz yatiey berkata... [Reply to comment]

MY pun suka shoping sini, pun ada kad ahli..tapi sejak sejak rumah dah kena bnjir, bnyak brang letrik rosak, mls pulak nak beli baru, beli yg keperluan je...tapi tetap kat senheng haaaa

kak gojes berkata... [Reply to comment]

pernah denga pasal senheng tp x pernah pg lagi di sana abg ben

Dunia Zumal berkata... [Reply to comment]

SenHeng nie memang terbaik... Zumal banyak gak barangan beli di SenHeng...

Farha IbuCergas berkata... [Reply to comment]

mmg pon, wlopon ade HLK, Onking,... senheng mmg paling bertakhta di hati. selalu terjebak bila tang warranty, sure akan amik pakej extend warranty

Jie Susanos berkata... [Reply to comment]

bgus servis senheng gitu..sampai bru ben tambah lg satu..

mas saari berkata... [Reply to comment]

saya pun pembeli setia di seng heng.. semua barang letrik beli kat sana.. amik easy payment dengan aeon kredit..

akuzle ayu berkata... [Reply to comment]

Seng Heng memang terbaik! Dari masa ke semasa byk pilihan dari jenama yg dipercayai. Pelanggan pula sangat dihargai.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI