Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 2 Julai 2015

Kerana ‘kawan’ itu penting ..

 

image

Semalam , aku bersama rakan ‘otai’ blogger ke satu meeting bersama seorang tuan punya restoran yang berminat nak menggunakan blogger sebagai medium mempromosikan perniagaannya.

Dua jam kami duduk bersamanya dan banyak yang aku pelajari walaupun sememangnya aku dah lama pelajari mengenai kehidupan terutama di Malaysia ini.

Aku pernah rasa jatuh terduduk. Bertahun lamanya. Takde yang sudi nak bantu dan aku pulak takde la sampai tahap nak menyusahkan orang lain kecuali mak bapak aku sendiri. Diorang je la banyak membantu aku dari segi kewangan. Aku pulak masa tu dok kemaruk dengan dunia maya. Sebabnya aku berkeyakinan dunia maya adalah dunia aku satu hari nanti..

Dalam susah camana pon , aku elakkan meminjam duit dari rakan rakan. Setakat RM10 tu , ada la.. Pinjam hari ni , esok bayar dahh.. Aku takkan simpan lama hutang. Takut terlupa ! Dan aku tak nak hilang kawan kerana hutang !

Mendengar ceritanya , aku teringat kembali satu dua kes rakan aku yang datang kepada aku untuk meminjam wang. Jumlah nampak kecik tapi sebenarnya ianya besar bagi aku. Maklumlah , aku jenis kais pagi makan pagi. Aku bukanlah jenis ‘berwang’.

Terkilan sebenarnya tak dapat membantu. Pasti ketika tu mereka memikirkan aku ni ‘ sembang lebih’ tapi bila part tu , tak dapat nak bantu.

Sebenarnya selain aku memang takde duit nak bantu , aku pun takut nak bantu. Yelah , aku nak bantu pon .. takde duit. Kalau ada pon , nak dahulukan , risau pulak hutang tertangguh maka aku pulak yang kalut terpaksa cari orang lain untuk berhutang ! Dah tak pasal pasal aku bermasam muka dengan kenalan tersebut. Bab hutang ni , jangan main main.. Janji awal tu memang mudah tapi..

Berbalik pada cerita peniaga tu.. Dengan bantuan keluarganya ( camana punya susah pon , mak ayah jugak yang akan bantu ) , dia kembali bersemangat untuk memulakan kembali melangkah. Dan kami ,pada awalnya nak mengenakan bayaran bagi servis kami .. terus nekad untuk membantunya tanpa sebarang bayaran. Bagi aku , itu je la yang mampu kami tolong. Nak tolong dari segi kewangan.. tak mampu maka dengan cara lainlah kami hulurkan bantuan.

Duit.. hurm.. kerana duit , segalanya mampu berubah !

7 komen :

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

assalamualaikum
hr nie bz skit x sempat BW ..
singgah kejap je

Mohd Shahazrin berkata... [Reply to comment]

kawan ketawa, memang berlambak..kawan menangis.... entah la..

Mohd Shahazrin berkata... [Reply to comment]

kawan ketawa, memang berlambak..kawan menangis.... entah la..

Mohd Shahazrin berkata... [Reply to comment]

kawan ketawa, memang berlambak..kawan menangis.... entah la..

saye niza berkata... [Reply to comment]

samala abg ben, sy pon nk bg pinjam tgk amount and tgk org, agak die boleh byr, sy brani bg, itupon klo kawan, hjg bulan trus mntk balik, buat la alasan nk guna duit ke ape, tp hakikatnya sy nk jage hubungan tu. tp baru ni saudara sndiri nk pnjm, berkali gak sy tolak tiap kali nk pnjam, tp yg latest ni sy setuju jerk wpon sy tau die xtau la mmpu ke x nk byr, sy fikir bila lg sy nk tlg, klo xbyr pon lau sy xpnjg umo, sy halalkan dah. tp mmg xbyr pon lg hihihi. tp die xpnjm lg dh lepas tu, ok jgk sbb sy xsmpi hati nk tolak, sedare kn.

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Ben, situasi ni buat julia terfikir, kerana wang kita boleh juga hilang kawan, benar apa2 pun kena hati2 nak beri bantuan juga, sebab jd pemiutang ni bukan senang, antara ikhlas dan mengharap hutang dikembalikan boleh bg kita hidup x lena...

yoorin melacolea berkata... [Reply to comment]

dah rasa aben.. bg pinjam kat kawan dekat 2k.. sy x kisah pon dia nak bayar ansuran,kalau dia x boleh bayar jumlah sebanyak tu.. ..Tapi ni senyap..lagi di block fb kite...bila kite msg whassap kat dia mintak hutang..mungkin nada agak keras..sbb jumlah boleh tahan banyak..sape tak bengang.. boleh dia kata nak report polis sebab sy ugut dia.. Allah,..nak nangis rasa.. sumpah.. memang x boleh nak maafkan.. sebab hari2 stalk fb dia guna fb suami..(dia lupa kot nak block suami skali), kemain laa jalan sakan, makan best2, holiday lagi.. biarlah dia cari saya di alam Sana...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI