Malang tak berbau..

 

Sepanjang perjalanan ke Kelantan melalui Lebuhraya Pantai Timur semalam benar benar menguji fizikal dan mental aku. Ditambah dengan cuaca membahang , aku beberapa kali terlelap dan hampir terlepas stering kereta. Berhenti tido ? Dah terlalu banyak kali pon berhenti.. Lebuh raya memang membuatkan aku mengantuk sangat ! Terpaksa masuk ke jalan lama untuk hilangkan mengantuk..

Dari LPT , aku masuk ke Jalan Pantai. Cadang nak lalu dari Kemaman terus ke Kuala Terengganu.. ikut Kerteh , Dungun dan sebagainya. Nak releks sambil tengok pantai.. Tapi bila tengok jam , dah pukul 3 lebih dan wife lak bersuara nak berbuka di rumah.. maka aku terpaksa masuk balik ke LPT ( Lebuhraya Pantai Timur  ) .

Sebelum tu , aku menyaksikan satu kemalangan.. Aku tak pasti apa puncanya tapi kasihan melihat keluarga yang memandu kereta Proton tu. Wife kata penuh penumpang dalam kereta tu. Rasanya takde yang cedera..

Aku tak berani buat sebarang kesimpulan kerana kejadian tak berlaku depan mata aku tapi yang pasti aku cukup takut kalau lori berada di sebelah atau depan aku. Banyak kali dah aku tengok tayar lori pecah dan menyebabkan kereta di sebelah atau belakang mengelak lalu mengalami kemalangan.. Bukan salah lori la tapi kalau boleh , jarakkan pemanduan bila ada lori besar di depan anda.

imageimageimage

Terus hilang mengantuk aku.. Huhhu.. Sepanjang perjalanan rasanya aku menyaksikan dua atau tiga kemalangan.. Hurmm .. Syukur pada Allah , kami sekeluarga selamat tiba..

4 ulasan:

  1. Mmg ngantuk drive bulan puasa ni. Aku nasib baik wife terer gak mandu. Aku drive sampai tol gombak jer. Lps tu wife aku offer drive dan drive terus sampai k trg

    BalasPadam
  2. Zumal takut sangat kalau ada di sebelah lori... trauma...

    BalasPadam
  3. if dah byk berhenti n tdo tapi still mengantuk,mksdnya badan mmg sgt penat...kena try minum air byk nxpn berhenti kat mana-mana untuk mandi..mesti lagi fresh :-)

    BalasPadam
  4. Memang mcm tu perasaan setiap akak balik Kelantan Ben..paling tdk mesti ada stu kemalangan yg berlaku

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009