Persediaan ke Korea !

 

Tak sia sia aku ngorat bini aku , 8 tahun dulu.. Dan sememangnya aku bertuah dapat kenal dia. Aku tak teringat langsung yang aku perlukan beg travel ! Semalam ,di Alamanda.. dia ajak masuk ke House Of Leather.. Nak beli beg memandangkan beg yang ada , dah rosak ! Aiseyman.. tak teringat langsung !

Secara jujurnya , aku ‘melantik’ wife menjadi penolong peribadi aku. Aku tak mampu nak urus segalanya terutama melibatkan urusan ‘blog’ aku ni !

“ Bang , nak amik beg mana satu ? “.

Er.. mana mana je laaa.. Dan dia uruskan segalanya ! Hasilnya , nilah beg travel kami sekeluarga yang pertama !

image

Nampak macam Transformers kan ? Hahahaha .. Aku tauu.. aku pun fikir gitu gakk.. Takkan nak amik beg ni tapi setelah tengok dan bertanya segalanya , maka beg ni jadi pilihan berbanding yang lain ! Dengan harga RM800++ , maka kami miliki kedua dua beg ni ! Haaaa ! Tahan lasak , safety pon bagus.. Dan jaminan sepanjang hidup kami ! Lalalal.. tayar rosak , zip rosak , handle rosak.. leh hantar balik untuk repair ! Ok la kan ?

imageimageimageimage

Aku perlukan beg yang lebih kemas dan selamat selepas cermin mata Oakley aku dicuri ! Aku letak dalam beg.. Huhuhhu.. Silap sendiri laaa.. Masa tu memang dungu part travel ni..

Dan kali ni , aku nak shopping kat Korea ! Dulu kat Paris , aku tengok jer.. Huhuhuh..

11 ulasan:

  1. bab2 mcm ni, wanita memang bagus hihiih

    best tu shopping kat korea, kirim beli org korea yg hensem sorang..nak jadikan pembantu rumah hihih

    BalasPadam
  2. Cantiknya design beg tu...Fida ni beg nak p jalan2 pun hanya beg galas je...tu pun free dapat...dah tu share dgn husband..baju pun nak kena jimat..hahaha..pasni nak cari beg roda yg besar sikit..Serius abg ben p Korea..best nyer...

    BalasPadam
  3. Yang penting tahan lasak dan security nya tip top..PC dan suami suka blue colour..ISTERI.. ISTERI,SENTIASA,TAKTIKAL,EMOSI,RAJIN,INSPIRASI..

    BalasPadam
  4. tak pernah ada beg travel. sebab rasanya tak akan pernah berpeluang travel dalam usia mcam ni huhuu

    BalasPadam
  5. suami2 ni memang,untung tau ada isteri cam ni,dia la tukang kemas,dia la pa,dia la segala tau heheheh...tapi serius beg ni lawa eeeee cam nak bodek gak la,senang nak pi travel ecehhhh...hahahhahaa

    BalasPadam
  6. mantap beg! seronoknya dapat pi melancong..

    BalasPadam
  7. Ole ole utk mimin aee.. keychain pun jadi laa. Hahaha

    BalasPadam
  8. pitam tengok harga hehe. tp klu kualiti tiptop why not ye x :D

    BalasPadam
  9. nak kirim jejaka kacak 1 hahaha

    BalasPadam
  10. smart beg tu.. setanding harganya

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009