Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 7 Julai 2015

Pukul 1 pagi tapi mereka..

 

Masih belum tidur ! Aku ingatkan aku dapat la berehat malam ni dan gi tonton movie setelah berminggu tak tengok tv ..tapi segalanya hanya dalam mimpi saja ! Huhuhuh..

Keluar umah jam 9 lebih.. terus ke Alamanda. Lama dah aku nak sangat tengok kesudahan filem Terminator ni.. Maklumlah , dah ikut sejak dari Arnold muda hinggalah dia tua.. hehehe..

image

Panggung penuh la gak. Duduk sebelah awek berusia 5 tahun aku rasa.. tapi bagus la.. Senyap je tonton movie.. Sebelum tu nak bising , bising la.. biasa la kan , budak !

Ceritanya best ke tak ? Bagi aku.. bagi aku la kan , aku berpuashati sangat ! Ending dia lain dari yang lain. Tak boleh dijangka langsung. Sapa sangka rupanya John tu jahat ! Haaa.. Dia pun.. haaa.. Tengok la sendiri . Hehehheeh..

Abis jam 12 lebih. Terus call rumah sebab ada missed call dari wife. Ingatkan semua dah tidur tapi… tidak ! Qhaliff jawab telefon.. Tak sangka aku dah boleh bercakap dengan anak aku di telefon.. Huhuh.. Sekejap je masa berlalu.

Aku bergegas balik rumah. Dalam kepala aku , nak bawak dorang lepak mamak.. Wife confirm tak nak. Dia memang tidur on time punya.. Takde konpromi mengenai tidur sebabnya dia nak bangun awal dan nak settlekan kerja rumah.

Sampai rumah.. Qhaliff dan Zahra segar lagi ! Terus dukung bawak diorang g makan roti bakar kat mamak..

image image

Order milo ais , roti canai banjir dan roti bakar. Zahra , makan la roti.. Dia pantang tengok orang mengunyah tapi Qhaliff ? Ada pulak mamak ni jual mainan. Terbang RM10..

Tak sampai setengah jam lepak , balik dah ! Zahra berak.. Hurmmm… Sampai rumah , masing masing masih cerah mata hingga jam 2.30 pagi ! Aku dah penat .. Wife lagi la.. Dah pening kepala dah.. Hurmm.. Diorang ni dah ikut jam Paris ni.. Tu pasal jadi gitu..

1 komen :

sa'adah by atiehilmi berkata... [Reply to comment]

hahahah~ mamak skng da pandai.. kalau dia punya restoren tu boleh tambak nak jek dorg bukak kedai runcit.. mak ayah yang selalu bawak anak2 macam saya pun selalu mengopak kat mainan..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI