Tiap kali aku melangkah ke bilik atas..

 

Niat , nak bersenam. Sememangnya plan lepas abis raya aku nak start balik bersenam. Buruk benar tengok lemak lemak di bahagian perut dan pinggang ! Huhhh..

Tapi setiap kali aku melangkah ke tingkas atas , dua dua anak aku ni pastu akan turut serta ! Arghhh.. Bila tak bawak , meraung laaa dua dua .. Kalau bawak ?

image

Diorang buat pemeriksaan dari satu tempat ke satu tempat ! Camana aku nak angkat besi kalau diorang dah dok lalu lalang ? Hurmmm… Bahaya kalau teruskan !

Bila aku tengok cermin.. lelaki yang aku pernah kagumi satu tika dulu , dah takde dah rupanya ! Kena terima hakikat jer la.. Melainkan aku kembalikan ‘dia’ ! Aku kena nekad ! Aku bukan nak meniaga durian pon ! Aku bukan nak jual lemang ! Tapi lebih pada penjagaan kesihatan.. kononnya la ! Hehehehe..

3 ulasan:

  1. tak payah lah jual lemang..tak jd nak beli nanti hihihi..

    gitu lah bila ada anak2 ni, apa kita nak buat, dia pun nak buat..sabo je lah

    BalasPadam
  2. Hehehehe..qhaliff dengan zahra jadi personal trainer daddy la abang ben..

    BalasPadam
  3. boleh la... bagi dorang jadi pegawai osha pulak...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.