Zakat oh Zakat !

by - Ahad, Julai 05, 2015

 

Setiap kali menjelang Ramadhan , pasti akan timbul isu Zakat ! Kemana duit zakat ? Apa orang zakat buat ? Camana pembahagian zakat ??? Dan macam macam lagi persoalan timbul.

Yer , aku dulu pon tertanya gak dan Alhamdulillah.. segalanya terjawab bila aku dan rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari sertai program amal mereka yang rasmi dan tidak rasmi.

Semalam aku hadiri program amal Lembaga Zakat Selangor .. untuk kali ke dua ! Nasihat aku buat blogger di luar sana yang suka kondem Lembaga Zakat ni , apa kata join team media diorang. Sekurangnya boleh perbetulkan mereka dari dalam dari dok menjerit salahkan mereka dari luar ! Tu bukan cara yang betul.  Menjerit tapi tak nak membantu ! Huhhh..

Aku respek petugas ni. Walaupun di hari cuti , mereka tetap bekerja.Niat mereka ikhlas. Segalanya kerana Allah ! Bukan mudah nak bekerja di hari orang lain cuti.. Hurmm..

Di Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor , Jalan Kebun , Seksyen 20 ,Shah Alam semalam.. aku menyaksikan sendiri bagaimana mereka bekerja. Masing masing dengan senyuman melayan karenah orang tua di sana. Orang tua yang dibuang oleh anak anak mereka sendiri !

Alhamdulillah , dengan duit zakat yang diamanahkan oleh pemberi zakat inilah mereka meneruskan kehidupan.. Sayu aku melihat mereka. Bertuah mereka. Aku tak tau lagi nasib aku camana nanti !

image

Program Iftar Media & Blogger ini bertujuan untuk memberi peluang pengamal media cetak dan online merasai sendiri pengalaman berharga ini..

image

Dirasmikan oleh Ketua Pengarah Eksekutif Lembaga Zakat Selangor , majlis diteruskan dengan aktiviti yang disusun rapi oleh Lembaga Zakat Selangor. Buat pengetahuan , pada hari dan masa yang sama , mereka turut ada program di rumah anak yatim. Maka mereka berpecah untuk menjayakan program tersebut.

DSC08667DSC08681DSC08689DSC08697

Mendengar sendiri kes kes bagaimana orang tua ni ke sini membuatkan aku insaf mengenai kehidupan ini.. Segalanya di luar jangkaan. Anak yang dibelai dimanja , tak nak bela mak ayahnya sendiri malah ada yang siap kata mak ayah mereka ni gila dan menyusahkan.. Hurmm..

Kalau korang ada terjumpa asnaf , atau orang tua yang memerlukan bantuan , cepat cepat la buat laporan dengan menggunakan aplikasi yang dah disediakan ini untuk memudahkan segalanya.. Bukan dengan amik gambar pastu post ke Facebook dan mengkritik secara berjemaah !

image

Buat pengetahuan.. hari ni mereka ada program lagi. Bawak orang orang tua ni pergi shopping berhari raya.. Ada sesiapa nak join ke ? Selepas ni ada banyak lagi program amal.. Leh join Kelab Blogger Ben Ashaari..

You May Also Like

7 comments

  1. bagus program sebegini..
    baru boleh buka mata masyarakat sekeliling tentang pengagihan wang zakat..

    BalasPadam
  2. Indahnya kalau di negara kita tiada langsung rumah orang orang tua..anak anak lunaskan tanggungjawab sewaharnya..

    BalasPadam
  3. Alhamdullillah..tahniah Ben dan #kelabbloggerbenashaari..

    BalasPadam
  4. alahai lambat dapat tau..kalau nak for sure nak join...

    BalasPadam
  5. ooo...sy juga pernah timbul persoalan macam tu dulu...baru terjawab..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..sayu tengok muka makcik pakcik di situ dalam lawatan bersama lzs yang lepas. Apapun, moga masyarakat sedar akan peranan lzs dalam membantu golongan asnaf. Yang suka mengutuk tu, anda sebenarnya kurang kasih sayang...tu pasal asyik suka mencari salah orang lain. Cer join tengok...tunjuk sikit muka tu heeeee

    BalasPadam
  7. Saya suka aktiviti macm ni. mengingatkan kita.. ada org yg kehidupannya lagi susah dr kita.. #sedih

    BalasPadam