Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 26 Ogos 2015

Qhaliff ke mesyuarat penting !

 

Hehehe.. Semalam ada 3 meeting penting untuk aku ! Satu , food review , satu  gadget dan satu lagi.. review pendidikan. Dan Qhaliff meraung nak ikut aku pergi ‘kerja’ walhal aku perlukan penumpuan ketika meeting..

Apakah dia akan beradab ketika aku sedang berbicara dengan client ? Hurmmm….

Meeting satu..

Jam 9 pagi. Review makanan di sebuah cafe terkemuka di  Sepang. Ahaaa… Qhaliff dah dikenali di sini.. Dia membesar di sini ! Hahahaha.. Sejak dalam dukungan lagi dia dah lepak kat sini. Maka tak hairanlah ada pekerja di sini kenal dia ..

Dan dia , di dalam mood pagi.. Buat hal sendiri . Aku lega.

image

Meeting berjaya. Client berminat nak gunakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari. InshaAllah aku akan jayakan. Tak mudah tapi tak payah pon.. Kena kerja keras skit..

Selesai meeting di sini , terus ke Puchong.

 

Meeting 2.. Gadget !

Hurm.. Dari Sepang terus ke Puchong. Meeting bermula jam 11 pagi dan aku tiba awal. Alhamdulillah. Nasib baik ada waze. Sesat camana pon , aku jumpa gak pejabatnya.. Tu yang penting.. kan ?

Berjalan dengan lancar. Dan Qhaliff dah mula mengantuk.. Bila dia mengantuk , dia akan mula buat onar !

image

Selesai meeting jam 12 lebih. Terus balik rumah di Sepang. Kul 2 ada meeting di Kolej Penerbangan lak. Dalam kereta , Qhaliff tidur. Sampai rumah , aku test power gadget yang aku baru dapat.. Best !

Kul 1 lebih. Aku mandi dulu. Solat . Kemudian kejut Qhaliff. Mandikan dia .. Dalam hati aku , aku harap Qhaliff tak berak kat sana nanti. Penting sebab mereka dah setuju nak guna blogger dengan bajet yang diluluskan. Alhamdulillah.

Sampai sana.. meeting berjalan dengan lancar tetapi Qhaliff teruja di sana !

image imageimage

Dan sukses ! Terus terang , dia pembawa tuah untuk aku. Hehehe.. Dari dulu.. Memang dia ni ‘murah rezeki’.. Huhuh… Sebab tu aku tak kisah sangat bawak dia..

Tapi untuk hari ni , aku tak bawak dia sebab kena banyak bergerak. Maaf yer sayang.. duk umah. Jaga adik !

4 komen :

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

Alololooo Qhaliff good boy!

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Sedari kecil dia terdedah dengan kerjaya daddynya..semakin lama qhaliff boleh memahami..alhamdulillah..syukur..

Afidah Azmi berkata... [Reply to comment]

betul kata org..Anak adalah pembawa rezeki kepada kedua ibubapanya...tahniah abg Ben..sebab ada anak yg sgt memahami ayahnya

falling angel berkata... [Reply to comment]

Besar dah dak kecik tu.. Masa eina start blogging, dia baru lahir..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI