Sudah pandai menyelongkar !

 

Sifunya , adalah abang kesayangan dia sendiri ! Zahra yang jenis memerhati dan belajar dengan pantas ni memang sangat perlu aku jaga jaga dari sekarang. Matanya , memang merbahaya ! Dia seolah memandang kosong setiap perbuatan abangnya tetapi… dia akan ikut dalam diam..

Dan salah satu hasil pemerhatiannya ialah… menyelongkar peti ais ! Mencari makanan yang sedap sedap untuk disantap tapi bagi Zahra , semua sedap ! Dia seorang ‘pemakan’ macam aku.. hahahaha …

image

Dia suka makan..  tapi badan makin halus jer ! Huhuuh.. Ikut baka belah mak dia ni… hee.. Belah sana memang kecik kecik anak gadisnya berbeza dengan belah aku ..

Tak pe la , Zahra.. makan la selagi ada gigi… Nanti dah takde gigi , baru nak teringin makan.. masa tu , letak depan mata ayam golek tersedap di dunia pun tiada ertinya lagi..

2 ulasan:

  1. kaki Zahra siap pijak peti ais lagi.hehehe...Dasyat sungguh...

    BalasPadam
  2. Sambil usha makanan...sambil sejukkan badan ni...wuuuu nikmat..hehe..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.