Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 6 Ogos 2015

Susahnya nak beli cenderahati untuk tersayang !

 

Masa gi Paris tahun lepas , aku tanya dia.. nak beli beg tak ? Dia jawab tak nak.. Nak beli sendiri kat Malaysia ni.. Aku pon ok je la.. Tapi bila sampai Malaysia , lain pulak bunyinya.. Adehh ..

Di Lapangan Terbang Incheon semalam , aku ‘terbeli’ perfume. Perancangannya nak menjimatkan duit tapi selepas terpengaruh dengna kata kata..

Kita nak datang sini , bukan mudah.. Sekurangnya beli sesuatu yang kita boleh ingat dan kenang.. Duit boleh cari.. Kenangan sukar diperolehi..

Pilih punya pilih… Aku amik ni jer.. Harga dalam RM ialah RM180.. Lebih kurang la.. Kat Malaysia mana boleh dapat harga gini haaa…

image

Kemudian kembali ke kumpulan untuk makan tengahari.. Dan ketua rombongan aka pegawai dari Samsung Malaysia , tanya aku..

Ben , u tak beli apa apa untuk wife ke ? “ .

Hurm.. aku tak beli apa apa pun sebab takut dia tak berkenan. Cerewet tu tak tapi dia susah nak sukakan barang. Beli sendiri baru puashati ..

Semua perempuan macam tu.. U beli jer .. At least ada sesuatu untuk dia dari Korea.. “.

Betul gak.. Aku ajak Nasri , wartawan Kosmo untuk menghabiskan duit ! Dan aku jumpa ! Automatik duit aku abis ! Huhuhuh..

 

image

Amacam ? Ok tak ??  Aku memang gilerkan jade ! Heehhehe…

Dan semalam aku bagi kat wife… Terus pakai dia ! Sukaaaa sangat katanya.. Cukup cukup untuk pergelangan tangan dia..

Alhamdulillah..

21 komen :

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

cantiknyaaaaaaaaaaaaaa

Nasz berkata... [Reply to comment]

wah..untunglah. saya ni bila la nak dapat pergi korea. last pergi ho chi minh je. tapi 3 kali juga la. hehehe.

Nugrul Sakura berkata... [Reply to comment]

Apa suami bagi semua isteri akan suka wlaupun brg tuh biasa2 je... sbb terharu suami ingat jgk kt isteri.... huhuhuhu

Sue Izza berkata... [Reply to comment]

jangan tanya beli je heheheh...

-iLLa- berkata... [Reply to comment]

cantik!!

Min Aina Ila Aina berkata... [Reply to comment]

Nak beli barang untuk perempuan senang, nak beli barang untuk lelaki yang payah.

mas saari berkata... [Reply to comment]

cantik..
mestilah dia suka!

Mama Idlan Irsyad berkata... [Reply to comment]

wah, untungnya..hehe.. cantik..

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Kadang kadang isteri nak sangat sesuatu..suka sangat satu barang tu..tapi...tapiiii rasa belas ikhsan pada suami tu melebihi gunung mencecah langit ke tujuh..so hold dulu..huhuhu..bertuahnya suami bila dapat isteri limited edition..kihkihkih...kak zila..pinjam sebutir jade..hukhukhuk..#gurauehjanganmarah

Hartini Zulaikha berkata... [Reply to comment]

sangat cantikkk...hijo...suka gak jed..
selalunya isteri akan terima je apa yg diberi suami dgn sepenuh hati n happy sgt..sbbnya..dia tau walau dimana suami pergi ttp igt tuk beli kat dia..okla tu kan....hahahha..pdpt sy laaa..

Sofu Hashim berkata... [Reply to comment]

nice sgt..

Farhain Azmi berkata... [Reply to comment]

cantik jed..pandai abg ben pilihkan utk wife :)

Afidah Azmi berkata... [Reply to comment]

lawa kot...biasalh perempaun mulut kata tak nak..dlm hati...apa la yg laki dia belikan...

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

bagus beli tuk isteri...org pompuan ni ckp tak nak...sebenarnya nak tgk sang suami proaktif ke tak hehehhe

Bitt (double IS) berkata... [Reply to comment]

cantik...yupp perempuan susah skit nak suka barang pilihan laki..kadang2 je suka hik hik hik

falling angel berkata... [Reply to comment]

Perhhh...romantiknyaa... Eina peminat tegar Versace... Kat Malaysia, harga dia RM280, itu pon dengan offer.. Dapat RM180 kat sana dah kita murah la tuh... Huu...

Ayang Nas berkata... [Reply to comment]

Terbaik bro...

Ayang Nas berkata... [Reply to comment]

Terbaik bro...

Ayang Nas berkata... [Reply to comment]

Terbaik bro...

Fieza Sani berkata... [Reply to comment]

pompuan ni kadang kat mulut je cakap lain tapi dalam hati lain..kesimpulannya kalau gi mana2, beli je apa2 untuk wife..as long ada cenderahati untuk dia.. ;)

TSHIRT MUSLIMAH CASUAL berkata... [Reply to comment]

saya pun suka jade tak der ke sapa-sapa nak hadiahkan I.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI