Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 1 September 2015

“Blog boleh buat duit ? Camana tu ? “

 

Ketika awal aku berblogging dulu , ramai ketawakan aku terutama mereka yang mengenali aku..

Blog ? Apa tu ? Yang aku tahu , batu block..

Boleh dapat duit ke ?

Sampai bila kau nak jadi blogger ? Boleh hidup ke jadi blogger ni ?

Berapa income kau sebulan ? Boleh ke sara keluarga ?

 

Aku balas dengan senyuman. Dalam hati aku , aku jawab..

Aku dah sampai Perancis dan Korea , hasil dari blog ! Aku tak keluar sesen pon untuk sampai ke sana. Aku ditaja oleh syarikat gergasi lagi ! Aku tak perlu tunggu hujung bulan untuk makan besar di shopping mall ! Nak lagi best ? Aku g event besar besar , aku sebut nama aku jer.. Terus mereka kenal ! Walaupun aku berpakaian simple ! Dan Alhamdulillah.. Setakat ni anak anak aku cukup makan , pakai dan dapat jer permainan bila dia menangis nak !

 

Bukanlah aku riak atau berlagak. Aku tahu apa yang aku buat. Aku yakin. Aku dah pun buktikan pada mereka ! Bukanlah bermaknsud buktikan yang aku mampu berjaya tetapi buktikan yang apa jua kesungguhan yang kita buat mampu memberikan pulangan , jika kita ada strategi dan ilmu mengenainya !

Apa yang aku dapat dari blog ? Apa yang dah aku capai ? Apa keuntungannya ? Apa kelebihannya ? Ahh , banyak betul persoalan mereka..

Tapi bila aku sebut DUIT , akan ramai private message aku di Facebook dan bertanyakan bagamana caranya ? Aku tak tau camana nak jelaskan sebab terlalu panjang dan terlalu banyak caranya.

Bukan aku saja dah buktikan blog ni boleh menguntungkan kita. Ramai blogger dah menikmatinya ! Hasil dari minat dan kesungguhan. Dan aku sendiri , seperti ramai yang dah tau.. Dah pun merasa bekerjasama dengan syarikat besar seperti AirAsia , Samsung , Nokia , Sony , Pioneer , Toshiba , Honda , Toyota , Mitsubishi dan banyak lagi. Esok , aku akan cipta sejarah terbaru.. Aku akan terbang bersama Malaysia Airliness Berhad ! Yer , company baru yang amik alih MAS. Penerbangan pertama esok.. Aku bersama mereka , melakar sejarah tersendiri.. bersama sama rakan blogger yang terpilih !

Ada yang tanya aku camana nak jadi blogger cam aku ni ? Tak semua orang bernasib baik untuk berjaya jadi blogger cam aku ni TETAPI mereka mampu berjaya dalam bidang lain , jika mereka tahu caranya !

Camana nak jadi blogger ? Tak susah nak jadi blogger.. Tapi nak punya semangat blogger tu yang payah skit. Seperti sekarang ni , jam 3.50 pagi.. orang sedang sedap tidur , aku sedang update entri ! Hurmm..

Ok.. ni ada peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman.. Jika berminat la..

image

“ Ingin menjadi blogger professional? Menjana pendapatan melalui laman blog. Ikuti Bengkel anjuran kami " Make Me A : Blogger" dengan penampilan blogger terkenal tanah air yang terbukti telah menzahirkan impian menjadian blog satu sumber pendapatan. Layari www.myryl.net untuk mendaftarkan diri anda sekarang. Tempat adalah terhad! atau hubungi 03-40650091 untuk pertanyaan lanjut. “.

Berminat ? Tunggu apa lagi..

Seronok duduk rumah , jaga anak dan dipanggil ke sana sini dan dibayar lagi !

26 komen :

Hayati Osman berkata... [Reply to comment]

Menarik, will consider ^^

Hayati Osman berkata... [Reply to comment]

Menarik, will consider..

Anaa Niesaa' berkata... [Reply to comment]

Respect! you've got my salute, sir!

Mrs Yatie berkata... [Reply to comment]

satu peluang yang tak boleh nak ditolak.
blogger? cepat daftarkan diri :)

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

sangat best..

aeinna Musa berkata... [Reply to comment]

boleh tahan juga yuran nya..hihi.btw, goodluck a.ben!

Afidah Azmi berkata... [Reply to comment]

ALAMAK...kerje pulak hari tu....

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

itulah, blog ni memang bagus untuk jana pendapatan. bukan sekadar macam diari sahaja

SweetLikeWhat berkata... [Reply to comment]

terbaikk ah aben..kagum!

ubai ismail berkata... [Reply to comment]

"Tak susah nak jadi blogger.. Tapi nak punya semangat blogger tu yang payah skit. "

suka ayat nii.. hehehe

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Sentiasa support abang ben..

Min Aina Ila Aina berkata... [Reply to comment]

Tahniah! Semoga terus memberi manfaat buat para pembaca.

Min Aina Ila Aina berkata... [Reply to comment]

Tahniah! Semoga terus memberi manfaat buat para pembaca.

muhammad nizam berkata... [Reply to comment]

inspiring!!

Sohoque berkata... [Reply to comment]

Ya. Semua org blh buat blog. Tp bagaimana nak berada di hadapan diantara ribuan blog yang ada itu kena menuntut

Siti Nurzafirah berkata... [Reply to comment]

Kagum...!

aizamia3 berkata... [Reply to comment]

Betul tu..
Bukan senang nak senang..
Usaha tangga kejayaan.

cls telecomunication berkata... [Reply to comment]

wahhh jadi semangat nk berblog

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Tahniah Ben!
Proud of u.

izzeyda berkata... [Reply to comment]

ya semuanya datang daripada usaha, kemudian tawakal dan berdoa.. in shaa Allah.. apapun memang kagum dengan pencapaian Ben..

Tasha Aqisha berkata... [Reply to comment]

menarik...

Sakila Rani berkata... [Reply to comment]

best sangat tengok en ben nih..earn income hanya dari blog! teringin nak balaj..haha tapi simpan dululah ..kelas nayaran 50 hengget pun tak terpegi inikan pulak kelas 550 hengget^^

promosi september khas untuk wanita-wanita cantik gebus

Puan Wawa berkata... [Reply to comment]

Respect! Tahniah Ben..

Apa pun yg kita buat, komitmen dan kesungguhan serta berpegang pada Allah insyaAllah kejayaan pasti milik kita..")

Nazlee Ismail PCL berkata... [Reply to comment]

perlu keluar modal untuk timba ilmu, semoga berjaya kpd blogger yg inginkan kejayaan.

Fieza Sani berkata... [Reply to comment]

Sonoknya kalau dapat jadik macam abg ben..duk umah je tapi dapat jana income dengan blog & dapat gi sana sini..

yup betul ayat abg ben, "Tak susah nak jadi blogger.. Tapi nak punya semangat blogger tu yang payah skit. "

Saya selalu berangan, mana tau kowt tetiba nanti saya pregnant..dapat anak, nak duk umah jaga anak tapi walaupun duk umah tetap jana income dengan blog..hmmm..insya'allah..hope angan2 jadik realiti..hehe

masuri24 berkata... [Reply to comment]

Tahniah!!!
Rezeki ada di mana mana jika kita berusaha..
Kalau selalu lemau memang tak ke mana lah..

#selfreminder

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI